[ad_1]
Selaku pemilik produksi Double Channel Sdn.Bhd dan penerbit filem ‘Janna Endoro’, Syed Aiman tampil memberitahu bahawa filem pertamanya itu tidak menyindir atau menjatuhkan imej masyarakat di Kelantan.
Tiada niat menyindiri sesiapa
Menerusi temu bual bersama , Syed Aiman atau nama sebenarnya Syed Aiman Syed Mahmud, 49, berkata, segala yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah realiti dan pengalamannya sepanjang hidup di Kelantan.
Dalam hidup, kita kena bersikap terbuka. Apa yang digambarkan dalam filem ini tidak semuanya realiti.Mungkin hanya segelintir bersikap buruk namun saya sampaikan perkara itu dengan penuh kiasan, seperti dalam dialog yang dilontarkan Wan Hanafi Su.
Filem ini tiada niat menyindir sesiapa, Saya pun orang Kelantan, takkan saya mahu menjatuhkan martabat negeri saya pula.
Berbicara lebih lanjut, Syed Aiman memberitahu filem Janna Endoro ini padat dengan nilai kebudayaan.
Saya angkat nilai budaya melalui props dan lokasi sepanjang filem ini. Contohnya kita ada tarian, permainan wau, sidai ikan kering yang sekarang sudah jarang dilakukan. Bahkan sekecil-kecil perkara seperti judi laga ikan dalam botol pun kami tunjukkan.
Filem yang menelan belanja RM1 juta itu menceritakan tentang seorang perempuan, Janna (Trisha Ooi) yang bangkit membela diri selepas anaknya dilarikan oleh samseng lantaran suaminya gemar berhutang. Dalam filem tersebut juga, penonton dapat melihat watak seorang suami yang malas bekerja dan melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
Sekadar info, Janna Endoro sudah mula ditayangkan di pawagam bermula semalam.
[ad_2]