Home Trending Ijab Kabul Berlangsung dengan Selamat untuk Putera Mateen dan Dayang Anisha

Ijab Kabul Berlangsung dengan Selamat untuk Putera Mateen dan Dayang Anisha

0
Ijab Kabul Berlangsung dengan Selamat untuk Putera Mateen dan Dayang Anisha

[ad_1]



Pangiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah selamat bernikah dengan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah dengan jumlah mahar sebanyak seribu ringgit.

Selamat diijab kabul

Pasangan Diraja Brunei itu selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada petang Khamis. Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radiao Televisyen Brunei (RTB).

Terdahulu, pasangan Diraja Brunei itu selesai mengikat tali pertunangan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei pada Selasa.

Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.

Sekadar info, istiadat perkahwinan diraja itu berlangsung selama 10 hari iaitu bermula pada 7 Januari lalu dan acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadual pada 15 Januari.

The following two tabs change content below.

[ad_2]