Home Trending Ika Nabella Membuat Keputusan Tidak Puas Hati Ketika Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif – ‘Ingatlah Bahawa Kejadian Boleh Kembali kepada Kita’

Ika Nabella Membuat Keputusan Tidak Puas Hati Ketika Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif – ‘Ingatlah Bahawa Kejadian Boleh Kembali kepada Kita’

0
Ika Nabella Membuat Keputusan Tidak Puas Hati Ketika Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif – ‘Ingatlah Bahawa Kejadian Boleh Kembali kepada Kita’

[ad_1]



ika nabila stroller

Tular baru-baru ini seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap ibu bapa yang membawa kereta sorong bayi ke dalam lif ketika berkunjung ke Menara Berkembar KLCC.

Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi termasuk pelakon, .

Tiada timbang rasa

ika nabila stroller

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim menyelar individu berkenaan.

Ika juga menzahirkan rasa bimbang berikutan ramai golongan muda tidak menunjukkan sikap bertimbang rasa terhadap ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Jangan meludah ke langit adik.

Risau kakak dengan pemikiran sesetengah anak muda sekarang, seolah-olah menongkat ke langit atau mungkin manusia seperti ini merancang untuk mengurangkan populasi dunia. Siapa tahu?

Mungkin ibu bapa boleh beri sepatah dua kata? Yang paling bagus ya sebab kita kan terpaling ibu bapa.

Dalam pada itu, Ika berkata hantaran tersebut adalah bagi memberi kesedaran terhadap orang ramai supaya bersikap bertolerasi terhadap mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan lif.

Jangan tanya saya siapa yang post sebab saya tak tahu. Ada yang tag saya dan saya mahu menyebarkan lebih banyak kesedaran tentang sikap bertimbang rasa terhadap ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyelar individu tersebut selain menyifatkannya sebagai seorang yang tidak sensitif.

Kebanyakan tak ada common sense anak anak muda sekarang.

Paling penat tengok yang guna lif semua kaki sihat walafiat tak ada stroller pun. Lagi sakit hati tengok pasangan yang pegang-pegang tangan sambil sengih-sengih bila lif terbuka.

Dia belum rasa ada anak sebab tu angkuh sangat bercakap tu.

The following two tabs change content below.

[ad_2]