Home Trending Iqbal Zulkefli Berkongsi Rancangan Untuk Menerbitkan Drama Mengenai Kisah Hukum Berasmara Dalam Iddah

Iqbal Zulkefli Berkongsi Rancangan Untuk Menerbitkan Drama Mengenai Kisah Hukum Berasmara Dalam Iddah

0
Iqbal Zulkefli Berkongsi Rancangan Untuk Menerbitkan Drama Mengenai Kisah Hukum Berasmara Dalam Iddah

[ad_1]



Pempengaruh, Iqbal Zulkefli tampil berkongsi mengenai idea drama yang dia mahu terbitkan sekiranya mempunyai peluang dalam bidang tersebut.

Selamatkan watak-watak yang teraniaya

Menurut Iqbal, sudah berbulan-bulan dia mendiamkan diri tanpa sebarang cerita. Ujarnya, idea drama yang mahu diterbitkan ini bertujuan untuk menyelamatkan watak-watak yang teraniaya.

Assalamualaikum kalian semua yang dihormati. Untuk beberapa ketika ini, berikan saya ruang sedikit ya bercerita tentang idea drama yang saya mahu terbitkan. Sebab sudah lama saya diam. Mungkin kalian semua akan lihat saya berbeza tetapi percayalah tujuan saya ingin sebarkan yang benar.

Maaf andai drama ini kurang sopan. Saya terinspirasi kerana ada pihak yang memberi inspirasi supaya saya terus menulis. Sambil itu ada beberapa pendapat yang saya ingin tanyakan. Penulisan saya tiada kena mengena yang hidup atau yang mati.

Menerusi posting di Instagram Story miliknya, Iqbal turut bertanya kepada netizen mengenai beberapa pendapat. Antaranya, bolehkah seorang perempuan masih dalam tempoh iddah masuk ke kelab malam yang dipenuhi dengan arak sambil membuka tudungnya?

Kelab mana yang bagus untuk penggambaran? Saya perlukan pelakon perempuan yang berhijab tetapi perlu buka hijab sewaktu itu. Ada babak berpegangan tangan dengan bakal suami di dalam kereta. Ceritanya wanita itu tidak pernah bercinta dengan bekas suaminya. Sekadar berpegangan tangan ketika dalam iddah.

Di samping itu, Iqbal turut bertanya kepada netizen sanggupkah seorang anak menghalau ibu sendiri keluar dari rumah?

Tambah Iqbal, dia mahu membina watak yang suka bercerita buruk mengenai orang lain demi melihat diri sendiri teraniaya, tersakiti dan dipuja oleh orang ramai.

The following two tabs change content below.

[ad_2]