[ad_1]
Penyanyi Fynn Jamal berharap Mizz Nina dan Noh Salleh dapat mengetepikan ego masing-masing demi anak angkat mereka, Musa.
Ketepikan ego
Menerusi temu bual bersama HLive, Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin berkata, Nina dan Noh perlu memikirkan kebaikan dan kebahagiaan Musa.
Saya marah kerana apabila mereka tiada anak, mereka mahukan anak. Apabila Allah bagi kau anak, kenapa buat anak seperti ini. Demi Allah semua yang saya katakan ini ada fakta dan bukti. Malah, saya juga mempunyai video dan bukan hanya sekadar menuduh secara kosong saja.
Saya berharap Musa tahu yang dia indah. Malah, saya juga berharap dia tahu yang dia disayangi dan dimahukan. Semoga dia nampak yang indah-indah saja di dunia ini.
Ujar Fynn lagi, dia berasa ralat dengan sikap mereka yang mengeruhkan lagi keadaan yang sedia rumit.
Saya bersuara demi Musa kerana saya yang membantu proses dokumentasi untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Tidak memihak kepada sesiapa, saya seperti serik hendak membantu pasangan yang ingin mengambil anak angkat apabila terjadinya perkara sebegini.
Apa yang boleh saya katakan di sini, buang ego dan ingat Allah SWT. Sebab kalau bukan di dunia, pembalasannya pasti di akhirat nanti. Bukan soal siapa menang atau kalah. Saya rasa berdosa kerana tidak dapat membantunya (Musa).
Terdahulu, komen yang ditinggalkan Fynn Jamal di sebuah video berjaya mencuri perhatian netizen. Malah netizen mendakwa Fynn menyindir seseorang dan mengetahui kisah sebenar disebalik apa yang berlaku.
[ad_2]