[ad_1]
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella kepada media.
Alhamdulillah bahagia
Memetik laporan Harian Metro, pasangan tersebut merahsiakan perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan arwah ayah Marcella.
Ayah saya meninggal April tahun lalu. Itu pun salah satu sebab juga kenapa kami jaga privasi. Sebabnya, ayah saya sakit dan itu adalah permintaannya sebelum dia meninggal.
Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Dia memang minta untuk percepatkan dan alhamdulillah dapat ditunaikan sebelum dia meninggal dunia.
Saya dahulu, memang saya doakan nak seseorang yang seperti ayah saya. Alhamdulillah, ciri-ciri itu ada dalam keperibadiannya.
Disoal mengenai kehidupan selepas bergelar isteri, Marcella berkata, ini adalah pengalaman baharu buatnya. Tambah Marcella dia akan melaluinya dengan tenang memandangkan sudah mengenali sikap Afdlin yang menjaga privasinya.
Alhamdulillah bahagia. Tak tahu nak cakap apa sebab kali pertama berkahwin dan ini satu pengalaman baharu.
Saya okay sahaja sebab Abang Afdlin memang dari dahulu. Saya memang bekerja dengannya sebelum ini dan dia memang menjaga privasi. Jadi, saya pun macam biasa, okay.
Berbicara lebih lanjut, Afdlin memberitahu bahawa isterinya kini menguruskan salah satu perniagaannya.
Sebelum ini, dia bekerja dengan saya. Tapi, sekarang dia dah jadi bos dan menguruskan salah satu perniagaan saya.
Marcella berkongsi, ini adalah pengalaman baharu buatnya, namun melaluinya dengan tenang memandangkan sudah mengenali sikap Afdlin yang menjaga privasinya.
[ad_2]