Isteri Fazley Yaakob Menantang Pejabat: ‘Tidak Terima Sebarang Jemputan Konsert’

Shopee CNY Sale



Isteri kepada penyanyi, Datuk Fazley Yaakob iaitu Datin Azrene Soraya Abdul Aziz memberitahu dia dan keluarga tidak menerima mana-mana undangan untuk menghadiri konsert.

Konsert apa?

Menerusi dua buah posting di Instagram Story, ibu kepada empat orang cahaya mata itu mendakwa dia tidak tahu berkaitan konsert yang bakal diadakan oleh seorang individu.

Tambah Azrene, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan meskipun individu tersebut didakwa ada berjumpa dengannya pada bulan yang lalu.

Lebih mencuri tumpuan, Azrene meminta individu tersebut untuk bercakap benar. Bukan itu sahaja, Azrene turut mendakwa individu berkenaan telah mencuri semua ‘contacts’ mereka.

Menerusi pemerhatian pihak juga, Azrene turut berharap dan berdoa agar individu tersebut berjaya di masa hadapan.

Kena sentiasa ingat, bercakap benar lebih baik daripada menipu dekat media.

Tidak henti di situ, Azrene turut mencabar individu tersebut untuk datang ke pejabatnya sambil meletakkan tanda pagar ‘im waiting’.

MENARIK:  Baby Shima Membantah Kontroversi Tentang Imej Seksinya: "Hanya 50 Peratus Saja"

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale