[ad_1]
Sekadar gambar hiasan
Mayat seorang lelaki yang sudah membusuk ditemukan di kandang kambing berdekatan rumah yang didiami bersama isterinya.
Isteri racun suami
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali sebagai Sumarno, 48, dipercayai dibunuh oleh isterinya sendiri. Suspek dikatakan telah mencampurkan racun rumput ke dalam minuman mangsa sebelum bertindak meletakkan mayat mangsa di kandang kambing berhampiran rumah mereka di Indonesia.
Difahamkan, suspek nekad bertindak sedemikian kerana sakit hati dengan mangsa yang sering melakukan keganasan rumah tangga. Menurut sumber, penemuan mayat itu berlaku apabila ahli keluarga dan jiran tetangga mengesyaki sesuatu selepas suspek mendakwa suaminya itu sudah lari dari rumah.
Tidak lama selepas itu, mereka pergi ke rumah mangsa dan ketika itu, mereka melihat tiada sehelai pun pakaian suspek. Ketika itu juga, mereka terhidu satu bau yang sangat busuk datang dari arah kandang kambing milik pasangan berkenaan.
Alangkah terkejutnya apabila mereka terlihat ada satu lengan manusia di situ sebelum akhirnya menemui mayat mangsa. Susulan daripada, suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.
[ad_2]