Isteri mendedahkan Jay Jay berjaya jalani pembedahan dengan selamat – ‘Akan maklumkan perkembangan terkini’

Shopee CNY Sale



Penyanyi Jay Jay dikhabarkan sudah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

Selamat jalani pembedahan

Menurut isteri Jay Jay iaitu Zaitoon, suaminya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan selama enam jam itu tamat.

Alhamdulillah, suami sudah selamat menjalani pembedahan. Doktor akan melakukan pemantauan seterusnya selama 12 jam lagi.

Buat masa sekarang, suami saya masih belum sedarkan diri lagi. Saya akan beritahu jika ada perkembangan seterusnya daripada doktor.

Tambah Zaitoon, mereka sekeluarga sangat terkejut apabila mendapat tahu pelantun suara ‘Cukuplah Sekali’ itu mempunyai masalah jantung.

Saya hanya tahu apabila dia tiba-tiba mendapat serangan jantung, baru-baru ini.

Terdahulu, penyanyi Rozita Rohaizad yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berkata, dia dimaklumkan oleh anak penyanyi itu, Cammy, Jay Jay menjalani pembedahan selama enam jam di IJN sejak jam 8 pagi, semalam.

MENARIK:  Lelaki Bakar Majikan Di Tempat Kerja Selepas Tergelincir Sakit Hati Dipecat

Rozita berkata, Jay Jay juga sudah dua minggu menjalani rawatan di IJN. Difahamkan, Jay Jay mendapat serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale