Jangan anggap diri kita mulia dan semua artis sebagai pendosa – Baby Shima

Shopee CNY Sale



Penyanyi dan pelakon Baby Shima tampil memberi kenyataan mengenai dakwaan dirinya mempersendakan agama selepas menyuarakan pendapat mengenai penganjuran konsert di Malaysia.

Mana ada keluarkan fatwa songsang

Menurut Baby Shima, dia menafikan sudah menghina agama Islam. Kata Baby Shima, dia menyatakan mana-mana individu tidak perlu datang menonton sekiranya berpendapat konsert adalah haram.

Di mana bab saya menghina agama? Tuduhan bahawa saya menghina agama dan menuduh keluarkan fatwa yang songsang adalah dakwaan yang berniat jahat serta fitnah.

Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert. Saya sebut konsert secara umum, konsert itu sebahagian daripada hiburan.

Konsert Coldplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Malaysia mempunyai pelbagai agama dan bangsa, kita adalah masyarakat majmuk. Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita mencapai kemerdekaan.

Kita semua pendosa

Tambah penyanyi berumur 28 tahun, pendapat yang dikeluarkannya di media sosial itu bersifat peribadi.

Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing. Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan perkara yang haram.

Semua itu hanya pendapat saya sahaja dan mungkin disebabkan tiada gelaran pencetus ummah (PU), saya tidak boleh suarakan pendapat?

Adakah cuma yang ada gelaran PU sahaja yang boleh bercakap? Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran tetapi bukan serangan tanpa usul periksa.

Tiada keperluan menyerang saya dan janganlah rasa diri kita mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua adalah pendosa.

Dalam pada itu, pemilik nama Nor Ashima Ramli berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuduhan terbabit keterlaluan.

Alangkah baiknya jika pihak-pihak terbabit boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham tentang hal yang cuba disampaikan.

Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam, sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan.

MENARIK:  Video ‘Aksi’ Selamba Mateen Mengejutkan Netizen, Shuib Tegur: ‘Saya Ada Bela Kuda di Rumah’

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale