Jangan biarkan orang luar merosakkan hubungan jangka panjang dengan pasanganmu – Fadzilah Kamsah

Shopee CNY Sale



fadzilah

Isu kemelut rumah tangga yang melanda selebriti dan personaliti media sosial pastinya mendapat perhatian ramai termasuk pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah gara-gara tindakan mereka yang menyakiti pasangan masing-masing.

Nasihat & pengajaran

fadzilah

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian di Facebook (FB), Fadzilah menegaskan bahawa individu yang melakukan perbuatan curang perlu berdepan dengan realiti bahawa mereka telah melakukan kesalahan.

Fadzilah berpendapat mereka seharusnya menginsafi perbuatan tersebut dengan tidak memberikan alasan.

Buat mereka yang dah ‘kantoi’ di luar sana, bagilah macam mana pun alasannya. Jika pasangan nak terima atau tak, itu hak dia. Dia yakin atau tak alasan tu, itu hak dia. Dia nak terima penipuan tu kecil atau sebenarnya besar, itu hak dia. Yang jelasnya, penipuan tetap penipuan.

Selagi kamu berusaha untuk beri alasan, ia takkan dapat menutup sebuah penipuan yang kamu sendiri telah ciptakan. Daripada kamu berusaha beri alasan, lebih baik kamu guna tenaga kamu untuk mengakui, menginsafi dan cari jalan untuk ubah diri.

Dengan itu, kamu bukan sahaja cuba untuk menyelamatkan rumah tangga kamu tetapi sebenarnya berusaha menyelamatkan diri kamu sendiri dari terjerumus kepada kebinasaan berpanjangan.

Dalam pada itu, pakar motivasi berusia 73 tahun tersebut berkata antara kesan curang adalah kepercayaan pasangan akan kian menipis.

Kamu kena terima hakikat, selepas ini, dia pasti ada ‘trust issue’. Dia pasti akan check telefon kamu selalu, atau buat kamu rasa dikongkong. Tetapi semua itu, bukan salah dia. Tetapi salah itu datang dari kamu sendiri. Untuk dia kembali percaya, ia pasti memakan masa. Dan itu semuanya atas kebenaran Allah SWT untuk mengubat hati pasangan kamu.

Justeru itu, beliau menitipkan nasihat supaya mereka mencuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diri sendiri selain lebih menghargai pasangan jika diberi peluang yang kedua.

Apa yang kamu boleh buat, kembalikan kepercayaan pada diri kamu sendiri bahawa kamu boleh berubah. Boleh jadi diri kamu yang mula-mula dahulu mencintai pasangan kamu dengan sepenuh jiwa. Yang boleh fokus pada yang satu tanpa cari peluang untuk curang dengan yang lain.

Ingatlah, pasangan kamu itulah yang memilih untuk bersusah payah dengan kamu. Jangan kerana seorang orang luar yang baru hadir dalam hidupmu, terus kamu nak rosakkan hubungan dengan pasangan yang dah bertahun-tahun bersamamu.

Doa sebanyak-banyaknya kepada Allah agar Dia pelihara dan lindungi kamu dari melakukan kesilapan yang sama. Di saat ini, “healing” kan semula rumah tangga kamu dengan sebaiknya.

MENARIK:  Doa Meerqeen – ‘Ya Allah, Semoga Pemberianku Sampai Pada Semua, Itu Saja yang Saya Boleh Lakukannya dari Jauh’

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale