Jasmine Suraya Bayar Sendiri Kos Penganjuran Di Los Angeles – ‘Kenyataan Kerajaan Tidak Betul’

Shopee CNY Sale



Jasmine Suraya

Pelakon Jasmine Suraya menjelaskan salah faham yang berlegar di media sosial berhubung pengajiannya di Los Angeles, Amerika Syarikat yang bakal bermula pada April ini.

Tanggung pembiayaan sendiri

Jasmine Suraya

Menerusi perkongsian di Instagram, Jasmine menegaskan segala pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran di sana tidak ditanggung oleh pihak kerajaan seperti didakwa segelintir pihak.

Menurut aktres itu, dia menggunakan simpanan miliknya sendiri bagi menampung pengajian tersebut.

Kenyataan yang mengatakan kerajaan memberikan dana kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah tidak benar sama sekali.

Untuk pengetahuan semua pihak, seluruh pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara termasuklah perbelanjaan harian saya di sana sepenuhnya di bawah tanggungan saya sendiri.

Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini telah disalah erti dan membuka ruang kepada pelbagai andaian yang jauh dari konteks sebenar.

Dalam hantaran sama, Jasmine atau nama lengkapnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei turut menjelaskan mengenai kenyataan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang telah disalah erti.

Fahmi Fadzil tidak pernah sesekali bersetuju untuk memberikan dana atau bayaran.

Walaubagaimanapun, beliau telah menyatakan dengan jelas di dalam satu temu bual bahawa beliau akan meneliti isu dana untuk anak-anak seni.

Dalam pada itu, aktres berusia 35 tahun itu berkata dia tidak pernah memohon dana secara terus kepada pihak kerajaan atau badan-badan lain yang tiada kaitan dengan bidang seni.

Saya mengakui ada mencuba memohon dana dan menghantar kertas cadangan berkenaan idea bagaimana untuk membangunkan lagi industri seni tempatan.

Saya tidak mengharapkan sepenuhnya bantuan kewangan kerana saya sudah membuat persiapan dari segi kewangan sejak awal lagi.

Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memohon dana secara terus kepada pihak kerajaan atau badan-badan lain yang tiada kaitan dengan bidang seni di Malaysia.

Terdahulu, Jasmine memaklumkan dia akan melanjutkan pelajaran di Institut Perfileman dan Teater Lee Starsbeg, Los Angeles dan memerlukan wang sebanyak RM400,000.

MENARIK:  Hun Haqeem Diminta Bayar Ganti Rugi RM613,960 kepada MIG, Reaksinya Terkejut

Susulan itu, Fahmi menerusi satu temu bual berkata pihak kerajaan sedia mempertimbangkan dan meniliti semula langkah yang terbaik bagi membantu Jasmine melanjutkan pengajiannya.

Pun begitu, kenyataan tersebut telah menerima pelbagai reaksi wargamaya.

Sekadar info, Institut Perfileman dan Teater Lee Starsbeg telah melahirkan ramai selebrtiti terkenal Hollywood antaranya Lady Gaga, Scarlett Johanson, Chris Evans dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale