[ad_1]
Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang lelaki apabila mendapat tahu bahawa teman wanitanya hamil hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.
Rela jadi ‘pak sanggup’
Kisah perit itu dilalui oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Adib. Menurut Adib, hubungannya dengan kekasih berada dalam keadaan baik malah keluarganya juga sudah mengenali dan memiliki hubungan yang rapat dengan wanita itu.
Namun siapa sangka, di sebalik hubungan tersebut, tertanya si wanita mengkhianati cinta Adib dengan meniduri lelaki lain sehingga berbadan dua. Meskipun mengetahui perbuatan tersebut, ianya langsung tidak menjadi masalah buat Adib malah dia sanggup menerima wanita itu dan bayi dalam kandungannya hanya kerana enggan berpisah.
Tetapi keikhlasan dan pengorbanan Adib langsung tidak dihargai wanita terbabit. Wanita itu tidak bersetuju untuk mengahwini Adib dan nekad dengan keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut.
Menerusi perkongsian video tersebut, ibu Abib dilihat memeluk erat wanita tersebut dan sepertinya amat berat hati untuk berpisah. Adib akui apa yang berlaku memberikan trauma besar dalam hidupnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak henti-henti memberikan kata-kata semanagat buat Adib selain menitipkan doa agar kelak lelaki itu dapat bertemu jodoh dengan wanita yang lebih menyayangi dan menghargainya.
Mesej dengan kekasih
[ad_2]