[ad_1]
Pelakon kontroversi, Sophia Albarakbah mengakui tidak mahu memikirkan soal jodoh malah memberi sepenuh fokus kepada kariernya.
Sophia tak fikir soal jodoh
Ketika ditemui , Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman berkata, soal kekasih atau jodoh bukanlah topik yang mahu difikirkan sekarang sebaliknya dia mahu mengembangkan lagi kariernya sebagai pelakon pada tahun 2024.
Dari segi percintaan, jodoh saya tak fikir. Untuk tahun 2024, saya memang nak fokus sepenuhnya dalam karier. Kalau soal jodoh tu nanti-nanti lah, saya tak mencari dan tak fikir.
Sophia akui meskipun ada yang cuba mendekati dirinya namun dia belum bersedia dan tidak berminat untuk ke memikirkan ke arah itu.
Memang ada yang mendekati tapi saya tak berminat. Sebelum ni saya ada risau juga jika terlalu fikirkan kerja sehingga lambat berkahwin, tapi sekarang ni saya rasa memang nak fokus kerja je.
Mungkin pengalaman lama memberi saya trauma tapi itu bukan faktor utama. Tapi impian saya tahun 2024 memang untuk karier sahaja. Saya tak serik, tapi itu bukan impian dan keutamaan saya.
Tambah Sophia lagi, dia juga berharap pada tahun ini dirinya tidak lagi dilanda kontroversi atau apa-apa isu negatif yang boleh mencalarkan namanya sebagai seorang anak seni.
Saya berharap tahun ini tiada lagi kontroversi, tak nak apa-apa perkara negatif. Buka buku baru dengan perkara positif.
Sekadar info, selain Sophia, filem Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, A Galak, Zila Bakarin dan Shah Hazvee, Acap S dan ramai lagi.
[ad_2]