Jenama terkenal di Malaysia iaitu Eucerin kini sedang melangsungkan ‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’ bertempat di Sunway Pyramid sehingga 31 Mac ini.
Anda juga dapat merasai pengalaman interaktif yang menakjubkan ini dengan berpeluang melakukan analisis kulit secara percuma!
Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation
Bukan itu sahaja, ‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’ dapat membantu anda memahami keperluan kulit dengan lebih baik. Tak dinafikan, pelbagai aktiviti menarik yang disajikan kepada anda semua tetapi apa yang penting, pertama sekali anda perlu mendaftar di kaunter ‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’ untuk mendapatkan ‘pasport’.
Para pengunjung kemudian boleh ke semua booth interaktif yang disediakan untuk mendapatkan cop setem. Dah kumpul kesemua cop setem, jangan lupa untuk menebus hadiah percuma berupa kit sampel bernilai RM109.
Lebih menarik apabila kesemua produk Eucerin turut dipamerkan dan para pengunjung boleh membeli dengan harga yang sangat berpatutuan selain mendapat hadiah menarik bernilai sehingga RM299.
Selain itu, anda yang hadir ke ‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’ berpeluang mendapatkan analisis kulit lanjutan percuma dan skor kulit. Dengan skot tersebut, ada dapat mengetahui dimana kawasan kulit yang perlu beri perhatian lebih.
Teknologi canggih dari Korea
Menggunakan teknologi Korea terkini, analisis kulit termaju akan meliputi jenis kulit, tahap kelembapan dan mengukur kesihatan keseluruhan liang pori. Ia juga akan menunjukkan bintik-bintik gelap pada kulit, serta bintik-bintik UV yang anda tidak akan dapat melihat sebaliknya.
Dapatkan juga butiran dengan lebih mendalam tentang kulit melalui rundingan percuma dengan pakar dermatologi bertauliah dan berdaftar yang dibawakan oleh Eucerin, dengan kerjasama Klinik Pakar Dermatologi. Slot adalah terhad dan anda perlu menempah lebih awal. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Jadi, jangan lupa untuk pergi ke Sunway Pyramid hari ini bagi merasai ‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’, dan boleh datang pada 30 Mac (Sabtu) jam 2.30 petang untuk menyaksikan sesi khas yang menampilkan pempengaruh media sosial kegemaran anda.
Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation
Tarikh: 25 – 31 Mac
Masa: 10am- 10pm
Lokasi: LG2, Blue Atrium, Sunway Pyramid
Untuk maklumat selanjutnya, boleh ikut laman media sosial Eucerin di sini.