Komposer terkenal tanah air iaitu Julfekar dilihat meluahkan rasa kecewa dan menegur sikap salah seorang anggota kumpulan baharu SMDX iaitu Elle yang didakwa sedikit ‘angkuh’ ketika menjawab komen daripada warganet.
Sudah ada ‘attitude problem’
Menerusi sebuah posting di Facebook, Julfekar berkata, sikap yang ditunjukkan gadis tersebut boleh memburukkan nama kumpulan SMDX yang baru sahaja dikenali ramai.
Belum apa-apa lagi sudah ada ‘attitude problem’. Baru satu lagu release, itu pun bukan lagu diorang sendiri, lagu revival lagu orang sahaja pun, sudah jadi bodoh sombong.
Cara menjawab tu biarlah nampak cerdik dan humble bah. Tak rugi merendah diri. Ini cara menjawab tu bah..aduiina. patutlah kena kecam.
Kena training PR kamu ni. Bikin rusak nama SMDX ja. Kali..rasanya SMDX kena kick dia dari group. Janganlah bikin malu urang Sabah hmmm.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan Julfekar. Ujar netizen, Elle dan semua ahli kumpulan tersebut perlu belajar dari kesilapan dan jangan mengulanginya lagi di masa akan datang.
Terdahulu, ayat Elle yang mendakwa dia tidak mengenali kumpulan pop terkenal Dolla menjadi tumpuan netizen di media sosial.