Kasih Ibu Membuat Saat Sahur Keluarga Kami Lebih Sempurna

Shopee CNY Sale



Apabila tiba bulan Ramadan, dua waktu yang menjadi fokus orang ramai tentunya waktu sahur dan juga berbuka. Sebabnya pada ketika ini orang ramai akan menjamah makanan serta minuman sebelum mula berpuasa atau berbuka.

Selain itu, Ramadan turut menjadi saksi di mana ahli keluarga bakal meluangkan masa untuk bersahur serta beribadah bersama-sama.

Mengulas mengenai waktu sahur, sudah menjadi rutin wajib khususnya para ibu untuk bangun lebih awal daripada yang lain untuk menyediakan juadah sahur buat seisi keluarga. Usaha gigih para ibu untuk memasak dan menyediakan hidangan sempurna yang penuh berkhasiat sedia membantu seisi keluarga bertahan sepanjang tempoh berpuasa.

Tanpa sedar, waktu sahur menjadi satu tempoh yang sangat memenatkan buat ibu kerana mereka selalu mendahului ahli keluarganya dan bergelut dengan pelbagai persiapan untuk sahur.
Yang pasti, ibu memainkan peranan besar dalam memastikan seluruh keluarga dapat makan dan bersahur bersama yang sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Tanpa sedar, para ibu memainkan peranan besar dalam memastikan seluruh keluarga dapat makan dan bersahur bersama yang sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Kehadiran cef peribadi sedia bantu ringankan beban para ibu di rumah

Tropicana Twister sedar tugas para ibu di rumah bukanlah perkara yang mudah. Komitmen yang diberikan untuk memastikan sekeluarga dapat menjamah juadah sahur dengan sempurna sememangnya amat luar biasa.

Sebagai usaha untuk membantu para ibu di luar sana, Tropicana Twister ingin meringankan beban ibu-ibu di luar sana dengan menyediakan juadah bersahur.

MENARIK:  Bekas Guru Rosyam Nor Muncul di Malam Gala Filem – ‘Dia Pernah Marah, Jika Tidak Minat Menjadi Pelakon' [VIDEO]

Tropicana Twister sedia membantu para ibu dalam memastikan seisi keluarga menikmati kebaikan Vitamin C dan rasa kesegaran.

Sempena bulan Ramadan ini, Tropicana Twister sedia menjemput seorang chef peribadi ke rumah anda untuk membantu ibu menyediakan juadah untuk bersahur supaya ibu boleh berehat dan nikmati waktu sahur bersama keluarga. Wow!

Nak tahu apa lagi best? Orang ramai turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik daripada Tropicana Twister terdiri daripada Thermomix, sejadah Siti Khadijah dan juga baucar makanan bernilai RM100 menerusi peraduan ini.

Caranya mudah sahaja, mulai sekarang hingga 9 April, hanya layari http://www.hotfm.audio/sahurdengantropicanatwister dan kongsikan mengapa korang nak hadiahkan masa berehat buat ibu korang di waktu bersahur. Mudah bukan?

Apa tunggu lagi? ayuh klik SINI untuk sertai peraduan eksklusif daripada Tropicana Twister ini.

Mungkin ini peluang korang untuk pastikan sahur lebih istimewa buat sekeluarga keluarga sepanjang bulan ramadan.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale