Home Trending Kebahagiaan Anda Lebih Penting daripada Menyelamatkan Hubungan Demi Anak-Anak – Diana Danielle

Kebahagiaan Anda Lebih Penting daripada Menyelamatkan Hubungan Demi Anak-Anak – Diana Danielle

0
Kebahagiaan Anda Lebih Penting daripada Menyelamatkan Hubungan Demi Anak-Anak – Diana Danielle

[ad_1]



Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berpendapat bahawa mempertahankan hubungan suami isteri demi anak-anak tidak akan mendatangkan kebaikan.

Artikel berkaitan: ‘Sebenarnya Hidup Kita Dipermudahkan Selama Kita Bantu Suami’ – Diana Danielle

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Mula Berbaik Selepas Diana Mempelawa Saya Untuk Breakfast Bersama’ – Farid Kamil

Perbaiki hubungan suami isteri

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Diana berkongsi semula video tentang perceraian meninggalkan kesan buruk kepada anak namun lebih teruk sekiranya ibu bapa mempunyai hubungan yang bermasalah.

Menurut Diana, pasangan suami isteri perlu memperbaiki hubungan mereka terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang anak-anak.

Jangan hanya pertahankan demi anak-anak, perbaiki hubungan antara satu sama lain.

Ia tidak bermaksud apa-apa jika anak-anak melihat kedua ibu bapa mereka tidak gembira bersama.

Terdahulu, Diana pernah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Farid Kamil namun telah rujuk kembali pada 31 Ogos tahun lalu.

Menurut Farid kepada media, pertemuan mereka selepas bercerai membuatkan rasa cinta kembali berputik dan perasaan sayang yang mereka cari selama ini.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Aurora, 9.

The following two tabs change content below.

[ad_2]