[ad_1]
Macam yang kita tahu, minggu lalu seorang figura antarabangsa dan juga juara dunia dalam sukan ragbi, Sonny Bill Williams telah berkunjung ke Malaysia.
Populariti Sonny mula mendadak naik setelah beliau memeluk islam dan kisah penghijrahannya menimbulkan impak yang bercampur baur dengan pelbagai isu khususnya imej dirinya yang bertatu namun islamik.
Beliau telah tampil bersama YAB Perdana Menteri dalam beberapa kemunculan seperti solat Jumaat dan program bermasyarakat, program Subuh Macam Jumaat serta beriadah bersama Aliff Satar, selebriti dan tokoh terkenal. Memang kecoh dan viral jugalah di sosial media.
Terbaru, Sonny juga telah membuat penampilan sulung dalam podcast Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan dalam channel Kindred Stories.
Fuhh..kehadiran Sonny dalam podcast ni boleh dikatakan mendapat sambutan yang hangat dan telah dibanjiri dengan ratusan komen membina dengan pelbagai soalan bertubi-tubi pula dari netizen, sekaligus menjadikan jumlah tontonan mencecah ratusan ribu views!
Tapi, lain pulak yang netizen fokus!
Yang menariknya, kebanyakan netizen lebih tertarik dengan busana yang disarung oleh Khairy Jamaluddin dan juga Shahril Hamdan. Pulak dah!
Bukan itu je, ada juga tertanya-tanya apakah signifikan logo AIRAZ di dada KJ yang berkonsepkan Kaabah tersebut.
Haa..untuk pengetahuan korang, AIRAZ ni merupakan sebuah jenama tempatan yang menghasilkan busana sukan berkonsep islamik.
Ia berkonsepkan OHSEM (Oath – Syahadah, Humility – Solat, Self-Control – Fasting, Empathy – Zakat dan Muslimhood – Hajj). dengan paparan perkataan English yang dijawikan. Memang lain dari yang lain!
Patutlah ramai yang tertarik, termasuklah Sonny sendiri yang mengenali AIRAZ melalui satu acara Faith Events di Kuala Lumpur. Dengar cerita, permintaan baju AIRAZ semakin tinggi tau, mana taknya, dengan kualiti kain yang premium, dijual pulak dengan harga yang berpatutan, memang jadi rebutan ramai lah!
Haa..Sonny Bill Williams, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan sudah. Korang bila lagi nak dapatkan busana dari AIRAZ ni?
Buat yang berminat, korang boleh membuat pembelian di laman web laman web AIRAZ.
[ad_2]