Kecekapan serta ketangkasan yang ditunjukkan penjaga gol nombor satu negara, Syihan Hazmi yang berjaya menepis percubaan bahaya pasukan kebangsaan Korea Selatan beberapa hari lalu bukan sahaja mengagumkan rakyat Malaysia malah turut mendapat perhatian peminat bola sepak Korea Selatan.
Jadi tumpuan gadis Korea
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) January 26, 2024
Bukan itu sahaja, raut wajahnya yang tampan turut membuatkan penjaga gol berusia 27 tahun itu menjadi perhatian dan buah mulut para gadis Korea yang turut menyaksikan perlawanan tersebut.
Menerusi ciapan dimuat naik No Context Bola Malaysia di aplikasi X, dapat dilihat tangkap layar memaparkan beberapa ciapan dibuat gadis-gadis Korea yang memuji ketampanan Syihan sewaktu menentang negara mereka tempoh hari.
Dapat dilihat, rata-rata gadis Korea Selatan mengatakan Syihan mempunyai raut wajah yang comel dan tampan untuk dimiliki oleh seorang penjaga gol.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata daripada mereka terhibur dengan pujian yang diberikan kepada Syihan.