Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2024: Meriah dan Rancak di Litar Lumba Tangkak

Shopee CNY Sale



Pusingan dua Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2024 baru sahaja melabuhkan tirai di Litar Lumba Tangkak, Johor pada hujung minggu lalu.

Korang tau tak yang Cub Prix kini sudah menginjak masuk musim ke-31 tahun ini sejak mula dipertandingkan pada tahun 1994. Serius ikonik!

Khas buat korang yang tak berkesempatan untuk merasai sendiri kemeriahan perlumbaan di Tangkak, jangan risau! Kami akan kongsikan sorotan menarik sepanjang perlumbaan berlangsung.

Berikut merupakan 5 perkara yang berlaku di Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cup Prix 2024 yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor tempoh hari.

1. Tangkak Merupakan Pusingan Kedua musim 2024

Sepanjang tahun, perlumbaan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung sebanyak 10 pusingan. Setiap litar mempunyai keunikan tersendiri. Litar Lumba Tangkak menguji para pelumba dalam aspek kelajuan tinggi serta teknikal dengan adanya sebuah ‘chicane’ pada pertengahan litar.

2. Md Akid Aziz Sekali Lagi Dinobatkan Juara Kategori CP150

Meskipun gagal mencatatkan masa pada sesi ‘Super-Pole’, Md Akid Aziz yang bermula pada kedudukan kesepuluh di grid untuk sesi perlumbaan akhir berjaya mengakhiri perlumbaan dengan catatan masa 14’36:350s sekaligus dinobatkan juara perlumbaan secara keseluruhan bagi kategori CP150.

Tempat kedua berjaya diduduki oleh pencabar terdekat beliau, Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor diikuti Nazirul Izaat Md Bahauddin dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

3. Md Irfan Haykhal Amidi Muncul Juara Kategori CP125

Kategori CP125 diungguli Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Honda KC Racing yang berjaya meraih 25 mata. Tempat kedua pula berjaya diduduki Md Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dan ketiga, Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing.

4. Cabutan bertuah Happy Bag Beli dan Menang, dapat Honda RS-X!

Salah satu tarikan yang dinanti-nanti ramai setiap tahun di acara Cub Prix adalah cabutan bertuah Happy Bag Beli dan Menang yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah sebuah motorsikal!

Buat edisi 2024 yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak ini, Happy Bag menawarkan sebuah motosikal Honda RS-X buat pemenang bertuah yang membeli Happy Bag Cub Prix pada harga RM65 sahaja.

Isi beg tersebut mengandungi adalah baju-T untuk dewasa dan kanak-kanak, topi, alat pemegang kunci dan payung. dan paling penting mestilah kupon cabutan bertuah.

MENARIK:  Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Jemaah Perempuan yang Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

CP Happy Bag yang mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung musim lalu akan dijual pada harga yang sama satu set dan beg tersebut mengandungi baju-T edisi terhad, minyak pelincir PETRONAS Sprinta, minuman bertenaga Ranger dan pelekat PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Nak tahu apa yang lebih best? Bagi setiap pembelian satu set CP Happy Bag, pengunjung akan mendapat satu kupon cabutan bertuah, manakala untuk pembelian dua set, mereka akan diberikan tiga kupon cabutan bertuah.

5. Diraikan bersama sambutan Jubli Emas PETRONAS

Bukan perlumbaan di litar sahaja yang menarik perhatian umum pada kali ini.

Untuk pengetahuan korang, tahun ini merupakan sambutan jubli emas buat PETRONAS yang sudah 50 tahun berbakti kepada negara.

Lebih menarik, PETRONAS sudah berjaya menaja PETRONAS Cup Prix 2024 sepanjang tempoh 21 tahun dalam memupuk bakat tempatan merevolusikan dunia sukan permotoran dua roda.

Sokongan berterusan PETRONAS ini sekali gus berjaya membuka peluang kepada bakat muda dalam melahirkan pelumba yang luar biasa di Malaysia seperti Hafizh Syahrin , Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Khairul Idham Pawi, Zaqhwan Zaidi dan ramai lagi.

Seramai 50 peserta konvoi bersama jentera Yamaha masing-masing dari pelbagai latar belakang mengiringi obor peringatan dari stesen minyak PETRONAS Tanjung Agas, iaitu stesen  pertama di Johor hingga ke Kejohanan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Tangkak, sebelum meneruskan perjalanan.

Jumpa di perlumbaan Cub Prix 2024 seterusnya!

Berakhirnya perlumbaan kedua bermakna para pelumba bakal sedia membuat persediaan untuk perlumbaan seterusnya yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang – Utara pada 1 dan 2 Jun ini.

Kalau korang peminat suka permotoran namun masih belum berkesempatan untuk merasai secara langsung debaran Cub Prix musim ini jangan risau guys, mungkin perlumbaan yang bakal berlangsung selepas ini antara yang boleh anda ikuti dengan lebih dekat!

Oh ya, Buat korang atau adik-adik yang menyimpan cita-cita untuk bergelar pelumba motor profesional, korang pun wajib datang tahun depan okay! Mungkin pengalaman dan bakat anda bakal membuatkan korang menjadi pelumba terbaik negara?

Untuk mengetahui sebarang info terbaru mengenai Cub Prix Malaysia korang boleh ke layari laman rasmi mereka di SINI atau follow Instagram rasmi @PETRONASMOTORSPORTS untuk info lanjut.

The following two tabs change content below.



Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale