Kemahiran Bertutur Dalam Bahasa Melayu Semakin Baik, Lim Mei Fen Turut Bangga

Shopee CNY Sale



Pelakon Lim Mei Fen meluahkan rasa gembira apabila sudah boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Bangga dah boleh cakap bahasa Melayu

Menerusi temu bual bersama Mei Fen berkata, dia berterima kasih kepada Erma Fatima kerana banyak menegur dan mengajarnya.

Dulu waktu kali pertama berjumpa Erma Fatima saya hanya tahu cakap nama saya Lim Mei Fen saja, tapi sekarang saya bersyukur dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Menurut Mei Fen, dia sendiri terkejut melihat perubahan dirinya yang semakin berani untuk bercakap dan berdialog dalam bahasa Melayu berbanding di awal kemunculannya dalam bidang lakonan, 10 tahun lalu.

Tambah pelakon filem ‘Padu’ ini, jika bukan kerana pengarah Erma Fatima yang kerap memarahinya untuk belajar bercakap bahasa Malaysia sehingga mengelarnya ‘sengkuang’ dia mungkin tidak mampu menguasai bahasa Melayu sejauh ini.

Ketika terbabit dalam pementasan teater Takhta 3 Ratu kira-kira 10 tahun lalu, Erma setiap malam akan memarahi saya kerana tidak pandai bertutur dalam bahasa.

Ketika itu dalam fikiran saya mungkin dia tidak suka sebab saya berbangsa Cina. Saya pun malas nak fikir dan hanya buat kerja saja. Tambah pula, saya tak pernah terdetik nak terjun dalam industri hiburan Melayu waktu itu.

Tanpa disangka ketika majlis sidang media diadakan, dia tiba-tiba memuji saya kepada rakan-rakan media yang hadir dan beritahu saya sangat gigih belajar menguasai bahasa untuk karakter Puteri Hang Li Po sehingga saya menangis.

Kemudian saya sedar dia ibarat harimau yang garang. Mulutnya saja (berbisa) tapi hatinya persis ibu.

Mei Fen yang ditemui pada malam gala filem ‘Padu’, baru-baru ini, turut meluahkan rasa gembira kerana berjumpa dengan Erma pada tayangan filem itu.

Sebelum sesi tayangan berlangsung, saya terserempak dengan Erma. Kebetulan waktu itu saya bersama dengan jurulatih kebangsaan bola keranjang wanita, Yoong Sze Yuin saya pun perkenalkannya kepada Erma.

Saya sangat terharu waktu itu dapat bertemunya semula dan terus teringat bagaimana saya bermula ketika memasuki industri Melayu 10 tahun lalu.

Saya masih ingat lagi, ketika kali terakhir bertemu Erma, dia pesan supaya saya lebih fasih bertutur bahasa Melayu dan tiada perkataan bahasa Inggeris ketika melontarkan dialog.

Jadi menerusi filem Padu ini saya sudah memberikan sehabis baik untuk menjayakan karakter jurulatih Yoong.

Jujurnya naskhah ini agak berat kerana mengisahkan daripada kisah benar mengenai sukan bola keranjang wanita dan wira-wira yang sudah mengharumkan nama negara.

MENARIK:  Cinta Lokasi dan Pesan Di Rumah Tidak Seimbang Bagi Pelakon yang Sudah Berkahwin - Shah Iskandar

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale