Pelantun suara ‘Jangan Mati Rasa Itu’, Aina Abdul mengesahkan dia sudah kembali kepada pengurusan lamanya di mana Zizi kembali menjadi pengurusnya.
Kembali kepada ‘my first team’
Menerusi temu bual bersama Aina berkata, dia kembali kepada pengurusan lama kerana percaya team itu adalah yang terbaik untuk menguruskan karier seninya.
Ya, saya sudah kembali kepada ‘my first team’ (pasukan pengurusan dan produksi terdahulu) iaitu pengurus Zizi dan abang saya yang menjaga dari dulu.
Ini ultimate team untuk Aina. Macam mana saya pergi ke kiri dan kanan pun, mereka juga yang sentiasa sokong saya. Saya perlu bersama mereka yang sentiasa ada di sisi.
Bercerita lebih lanjut, Aina memberitahu pengurusnya, Azrul tidak lagi menguruskan kerjaya seninya.
Azrul tidak menjadi pengurus saya lagi. Semua ada rezeki masing-masing dan ada peluang pekerjaan lain. Segala hal yang membabitkan kerjaya seninya akan dikendalikan pengurus lamanya, Zizi ketika ini.
Sebelum ini, Aina menafikan dakwaan berhubung penyingkiran pengurusnya, Zizi kerana perselisihan faham selepas empat tahun menjalinkan kerjasama.