Kempen Saya Digital MDEC: Cara Mahir Gunakan Teknologi Digital Untuk Jana Pendapatan Berlipat Ganda

Shopee CNY Sale



Sedar tak sedar, dunia serba digital hari ini bergerak semakin laju ke depan dan kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh lari dari fenomena yang kini terus menjadi gaya hidup lazim masyarakat dunia.

Mana taknya, kita menggunakan telefon pintar setiap hari sebagai medium untuk kita berkomunikasi, bersosial, membeli belah, melakukan urusan perbankan, malah kini ramai antara kita yang bekerja menggunakan kaedah digital selepas pelbagai platform dan aplikasi dibangunkan. Bak kata orang ‘hanya hujung jari, semua kerja boleh settle malah boleh tambah income lagi!.

Bagi yang berniaga pula, pasti ada yang nak tingkatkan jualan, nak dapat lebih ramai pelanggan supaya dapat tambah lebih banyak pendapatan, bukan? Semuanya itu tidak mustahil jika kita berjaya kuasai kemahiran digital bersama MDEC!

MDEC, iaitu agensi peneraju ekonomi digital di bawah Kementerian Digital ada solusi terbaik untuk bantu korang semua Rakyat Malaysia menguasai kemahiran digital, menerusi Kempen Saya Digital.

Empat teras utama Saya Digital

Untuk pengetahuan, kempen yang dijalankan ini memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Digital Literasi, Digital Bisnes, Digital Kerjaya dan Digital Freelance  yang dibangunkan menerusi program khusus iaitu eUsahawan, eRezeki dan Global Online Workforce (GLOW).

Program-program ini bertujuan meningkatkan keupayaan rakyat untuk mengadaptasi teknologi digital. 

eUsahawan dan eRezeki membantu peniaga mikro kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan jualan mereka, manakala GLOW pula membantu rakyat yang diberhentikan kerja, dipotong gaji atau graduan menganggur, mengasah bakat sehingga berjaya menjadi ‘freelancer’ digital! Menarik kan?

Jadi dengan menyertai Kempen Saya Digital, korang semua boleh lah belajar tingkatkan daya kreativiti dan berfikir lebih kritis untuk masa depan yang dikuasai digital, betul tak?

Korang boleh jadikan contoh dan insprasi dari kisah kejayaan dari peserta-peserta program Saya Digital ini.

Belajar teknik pemasaran berjaya tingkatkan jualan Azhan 200%!

Salah seorang peserta Kempen Saya Digital menerusi program eUsahawan yang boleh membuka mata korang kerana telah membuktikan kejayaan dalam peniagaannya ialah Ahmad Azhan Che Omar. 

Anak jati Kota Bharu, Kelantan berusia 44 tahun ini adalah pengusaha produk makanan jenama Meriza Frozen Food  sejak  tahun 2018. 

Selepas mempelajari teknik pemasaran digital yang disediakan oleh MDEC, Azhan akui telah berjaya meningkatan jualan produk makanannya sehingga 200%!

“Produk makanan frozen ini adalah hasil resipi saya  sendiri. Dulu saya tak ada pengetahuan untuk menjual produk di dalam talian sebaliknya mengharapkan pelanggan membeli secara fizikal. Tetapi selepas mengikuti program eUshawan, saya dah mahir mempromosikan produk-produk saya  menggunakan WhatsApp dan Google My Business (GMB),” katanya.

Dulu jual produk orang, kini miliki jenama sendiri

Korang juga boleh jadikan Nilawati Anak Degom, iaitu seorang suri rumah berasal daripada Bintulu, Sarawak, sebagai contoh kejayaan. 

Dia telah berjaya mengubah hidupnya dimana dahulu hanya menjual produk orang lain untuk mencari rezeki, tetapi kini berjaya membuka spa kecantikannya sendiri serta mampu mengeluarkan produk suplemen kesihatan “jamu kunyit”.

MENARIK:  A Aida Nasihat Anak Perempuan: Hindari Derhaka dengan Kahwin Senyap-Senyap, Kerana Harta Sen akan Hilang

Usahanya membuahkan hasil apabila jumlah jualan produknya mencecah sehingga 3900 peratus! Percaya tak?

“Sukar untuk saya percaya telah sampai ke tahap ini selepas menyertai program di bawah MDEC. Apa yang saya suka tentang program eUsahawan ialah walaupun saya menetap jauh di Sarawak, tetapi pasukan MDEC serta jurulatih program sentiasa memantau perkembangan perniagaan saya melalui sistem pengesanan dan pemantauan perniagaan. Ini lah yang mendorong saya untuk sentiasa konsisten, berkembang dan terus maju. Kini saya mampu menjana pendapatan sendiri dengan memiliki sebuah spa serta mempunyai 3 orang pekerja,” katanya.

Nilawati, berkata, dia  hanya mempraktikan modul eUsahawan iaitu menggunakan Facebook dan WhatsApp untuk memasarkan perniagaannya di atas talian.

Baru berusia 20 tahun dah ada 2 pekerja!

Selain Nilawati, MDEC tidak mengecualikan rakyat utara bagi membantu menjana pendapatan. 

Seorang lagi peserta yang korang harus jadikan contoh ialah Nur Ummiumaira. Walaupun usia baharu mencapai 20 tahun, usahawan muda dari Pulau Pinang ini sudah pun memiliki dua orang pekerja!

Selepas tamat SPM, dia memilih untuk mengejar impiannya  dalam bidang rekaan fesyen dan jahitan di Giat MARA.

“Bagaimanapun pengajian di Giat MARA saja tak cukup sebaliknya saya sedar perlu pertingkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam perniagaan digital lalu mengambil peluang menyertai program eUsahawan anjuran MDEC. Program ini sangat membantu meningkatkan kemahiran pemasaran saya.  Bukan itu sahaja malah ia membantu meningkatkan keyakinan diri saya untuk menjadi usahawan muda yang berjaya  kerana ramai orang meragui kemahiran dan keupayaan saya,” katanya.

Apa yang membanggakan, Ummiumaira mampu menjana pendapatan antara RM600 sehingga RM1000 dalam masa seminggu sahaja.

“Saya banyak menerima tempahan daripada platform atas talian malah pernah menerima beberapa tender besar daripada sektor kerajaan melalui Facebook,” tambahnya lagi.

Teruja tak nak jadi macam mereka? Jom daftar dan sertai Kempen Saya Digital!!

Lepas dah dengar cerita kejayaan mereka ni pasti ada antara korang yang berminat kan? Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan dalam Kempen Saya Digital ini dan nak tahu lebih mendalam tentang MDEC, sila layari

Banyak lagi kisah kejayaan yang boleh jadi inspirasi untuk korang semua dan sama-sama kita menjadi rakyat yang celik teknologi, dan menyumbang kepada ekonomi digital negara. 

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale