Home Trending Kepercayaan Ayu Raudhah pada Rezeki: Tenang Meski Suami Hilang Pekerjaan

Kepercayaan Ayu Raudhah pada Rezeki: Tenang Meski Suami Hilang Pekerjaan

0
Kepercayaan Ayu Raudhah pada Rezeki: Tenang Meski Suami Hilang Pekerjaan

[ad_1]



Pelakon Ayu Raudhah berkata, dia tidak panik apabila suaminya Zaquan Adha hilang pekerjaan.

Tak rasa panik

Memetik laporan Harian Metro, Ayu memberitahu suaminya bukan memperoleh rezeki daripada bermain bola sepak sahaja, sebaliknya turut mempunyai rezeki di tempat lain.

Saya tak rasa panik apabila Zaquan Adha hilang pekerjaan sebab kita percaya pada rezeki. Kami dah hidup berumah tangga selama 13 tahun.

Dia main bola sepak dan rezekinya bukan dari bola sepak sahaja. Dia ada rezeki di tempat lain dan kami percaya perkara itu. Gaji hanya amaun tapi rezeki kita tetap rezeki kita.

Ujar Ayu lagi, dia bersyukur kerana sibuk menguruskan bisnes sambal menerusi TikTok.

Tambah ibu kepada enam orang cahaya mata ini, dia percaya setiap anaknya ada rezeki masing-masing.

Ada tawaran berlakon tapi untuk terima bukan  masa sekarang kerana anak-anak masih kecil dan paling kecil usia 10 bulan. Keutamaan saya kepada keluarga dan suami.

Sekarang bila dapat buat bisnes dari rumah rasa syukur. Ia sangat-sangat menakjubkan. Ia rezeki yang tak disangka-sangka. Sambutan pun menggalakkan.

Rasa rindu untuk berlakon itu ada tapi bukan sekarang. Ada benda lagi penting nak fokus. Bila live di TikTok pula peminat tanya berlakon lagi atau tidak. Kalau nak berlakon kena bagi komitmen sepenuhnya.

Terdahulu, viral kisah Zaquan yang tidak lagi bermain bola sepak dengan Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC).

The following two tabs change content below.

[ad_2]