Keputusan Laporan JKP Aliff Aziz & Bella Astillah Ditangguh hingga 13 Jun

Shopee CNY Sale



Aliff Aziz dan Bella Astillah

Keputusan prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes perceraian membabitkan pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguh kepada 13 Jun 2024.

Tangguh JKP

Aliff Aziz dan Bella Astillah

Perkara tersebut disahkan oleh peguam yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais ketika dihubungi .

Bagaimanapun, punca terperinci kes tersebut ditunda tidak diberitahu.

Mahkamah tangguh kes kepada 13 Jun 2024. Sepatutnya hari ini (Selasa) laporan JKP melainkan Aliff setuju untuk lafaz terus.

Terdahulu, Aliff dan Bella diperintah hadir bagi proses JKP di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 4 Jun selepas aktor itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang difailkan isteri atas alasan masih sayangkan keluarga.

MENARIK:  Individu Enggan Memohon Maaf Fitnah Ali Puteh Zalim Guna Duit Orang Lain Untuk Modal Niaga - ‘Siapa Kau Nak Arah Aku?’

Pada prosiding sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella, Aliff memberitahu, dia perlukan masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan.

Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale