Kesan Tembak Isteri Di KLIA: Suspek Dinyatakan Sihat & Normal

Shopee CNY Sale



Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad lalu, merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Belajar di pondok

Menerusi laporan Sinar Harian, suspek yang berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek memang orang berkebolehan dalam agama.

Berkenaan dengan tindakan suspek ke Kelantan, dia lahir di Selangor, membesar di Kuala Lumpur tapi pernah belajar di pondok di Kelantan.

Tambah Shuhaily, walaupun pernah belajar pondok di Kelantan, namun suspek dikatakan tidak berjumpa sesiapa untuk meminta bantuan.

Sebaik sahaja kes tembakan di KLIA, dia terus memandu ke Kelantan.

Difahamkan, suspek berada dalam keadaan sihat dan normal semasa ditahan.

MENARIK:  Norman Hakim Membantah Tuduhan dan Meminta Abby Abadi Menghentikan Ekspos Keluarga di Media Sosial Berhubung Isu Marissa Dania

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale