[ad_1]
Sekadar gambar hiasan
Majlis jamuan perpisahan di sekolah sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi, terutama bagi mereka yang bakal meninggalkan zaman persekolahan mahupun melangkah ke sekolah yang lain.
Di TikTok, seorang individu menyuarakan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar mahal untuk jamuan perpisahan murid darjah enam di sebuah sekolah.
Kutip RM50 seorang?
Menurut individu tersebut, keputusan pihak sekolah yang mengenakan bayaran RM50 bagi setiap murid sangatlah tidak munasabah.
Jamuan perpisahan darjah enam. Relevan ke kutip RM50 seorang untuk buat di hotel? Tak peka langsung pihak sekolah dengan anak-anak golongan susah.
Apa masalah kalau buat di sekolah saja. Ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pun macam tak ada fungsi. Tak ada la wajib (sertai) tapi kesian.
Tambah pengadu, dia masih mampu untuk membayar nilai yang ditetapkan, namun bersimpati dengan nasib ibu bapa yang lain. Di samping itu, pengadu memberi cadangan agar majlis itu diadakan di sekolah sahaja bagi menjimatkan kos penganjurannya.
Saya mampu bayar, cuma memikirkan anak-anak yang nak sertai tapi mak ayah tak mampu sediakan nilai itu. Kita kesian dengan anak-anak golongan susah, dengan keadaan sekarang ni. Buat kat sekolah lebih afdal.
Boleh je buat di sekolah, gotong royong dengan mak ayah untuk sediakan juadah. Lagi menjimatkan bajet. Dengan zaman sekarang ni semuanya melambung naik.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata ibu bapa yang lain turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila pihak sekolah anak-anak mereka mengenakan caj melampau untuk menganjurkan majlis perpisahan.
[ad_2]