Kesukaran Ryan Bakery Mencari Baju Sedondon Dengan Anak Untuk Hari Raya ElseIfhestival seenaknya pertama sebagai seorang bapa

Shopee CNY Sale



Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery berkongsi persiapan sebagai ibu bapa untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama cahaya mata pertama iaitu Ryan Ezra.

Artikel berkaitan: ‘Orang Perak Memang Macam Tu’ – Ryan Bakery Beri Penjelasan Didakwa Panggil Anak ‘Gila’

Artikel berkaitan: Ryan Bakery Pulangkan Bayaran Jenama Diboikot, Mahu Keberkatan Dalam Rezeki

Pertama kali beraya sebagai ibu bapa

Menurutnya, dia akui menjadi ibu bapa bukan satu tanggungjawab yang mudah dan masih dalam proses pembelajaran.

Satu kelainan sebab tahun lepas beraya sebagai suami isteri, tahun ni kami beraya sebagai mak ayah pula.

Mencabar juga sebab kami pertama kali jadi mak ayah, anak meragam kita tak tahu kenapa dia menangis jadi kami sekarang dalam proses pembelajaran.

Baru lah saya tahu orang kata selamat datang ke alam mak ayah ni memang mencabar. Tapi anak ini cepat membesarkan jadi inilah pengalaman yang kami dapat.

Mula-mula belajar dengan mak ayah kami sekarang kami dah boleh mengendalikan sendiri.

Berkongsi tentang sambutan hari raya, tahun ini Ryan akan menyambut hari raya pertama di Melaka iaitu kampung sebelah isterinya, Elyia Ibrahim.

Raya tahun ni di Melaka sebelah isteri saya selama dua hari dan balik ke Pahang untuk dua hari juga jadi cuti beraya kami empat hari.

Yang mencabar nak cari baju raya sedondon dengan anak. Tema warna ada tiga iaitu ikut warna kampung. Kampung Melaka warna navy blue, kampung Pahang warna purple dan warna burgundy.

Dalam pada itu, Ryan bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan keluarga dan turut merancang untuk mengadakan rumah terbuka buat rakan-rakannya semua.

Dulu kita yang menerima duit raya sekarang kita pula memberi. Alhamdulillah dapat kongsi rezeki dengan keluarga dan dapat perbaiki rumah ibu bapa serba sedikit di kampung.

Kami insya-Allah rancang nak buat rumah terbuka. Kami pun baru berpindah ke Puncak Alam sejak bulan November tahun lepas.

MENARIK:  Lalisa Manobal Memulakan Penggambaran Filem Pertamanya, Lokasi di Thailand Dijadualkan Pada Bulan Ini

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale