Pencipta kandungan dan usahawan terkenal, Khairul Aming baru sahaja melancarkan produk terbaharunya, Dendeng Nyet Berapi di TikTok Shop dan dalam masa lebih kurang tiga minit sahaja, hampir 80,000 produknya terjual.
Namun, kejayaan itu telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai bekalan air yang digunakan di kilangnya di Kota Bharu, Kelantan.
Kilang KA pakai penapis air komersial
Menerusi perkongsian seorang aktivis media sosial iaitu Asiah Abd. Jalil mempersoalkan bagaimana kilang tersebut mendapat bekalan air yang bersih sedangkan kebanyakan penduduk di Kelantan sering berdepan masalah air keruh.
Saya dapat tau kilang Khairul Aming di Kota Bharu. Saya tertanya-tanya, macam mana kilang dia dapat air yang bersih, tidak keruh dan tidak berkarat. Seriously saya nak tau.
Susulan daripada perkongsian tersebut, ada dalam kalangan wargamaya percaya bahawa Khairul Aming menggunakan sistem rawatan dan memasang penapisan air industri atau komersial berkualiti tinggi di kilangnya.
Menurut mereka, kebanyakan perniagaan menggunakan kaedah yang sama bagi mendapatkan bekalan air bersih. Bukan itu sahaja, ada yang menjelaskan bahawa tidak semua kawasan atau daerah di Kelantan mengalami masalah air kotor.
Tengok video Khairul Aming tunjuk keadaan dalam kilang dia. Rasa sejuk mata memandang. Kilang dia sangat bersih. Para pekerja sangat jaga kebersihan.
Most Kelantanese, kami boreng air (gerudi telaga tiub) dari tanah. Kawasan perumahan saya, di bandar KB hampir 100% begitu
Bukan satu kelantan air tak bersih, ada tempat okay kualiti air bagus. Kawasan bandar memang ada air bersih.
Kilang dia mesti pakai industrial/commercial water treatment and filtration. Dulu masa saya berniaga dekat SP, kami pun pasang juga.