Foto: Harimau Malaya
Perlawanan pembukaan Harimau Malaya pada saingan Piala Asia 2023 pada awal pagi tadi berakhir dengan keputusan tewas kepada pasukan Jordan dengan jaringan 4-0.
KPG mohon maaf
Foto: Harimau Malaya
Kekalahan itu diakui oleh pengendali skuad Harimau Malaya iaitu Kim Pan-Gon yang tampil membuat permohonan maaf buat seluruh penyokong setia bola sepak tanah air.
Menurut Pan-Gon, kegugupan yang ada dalam kalangan pemainnya menjadi faktor pasukannya tewas serta gagal memberikan saingan sengit buat pasukan Jordan yang kini menghuni ranking 87 dunia itu.
Saya mohon maaf kepada peminat dan pemain sudah cuba beri saingan tapi kita tidak mampu beri tentang kepada Jordan.
Saya ucapkan tahniah kepada pasukan Jordan, mereka persembahkan aksi terbaik malam ini. Secara fizikal dan taktikal mereka lebih baik.
Tambah pengendali asal Korea Selatan itu lagi, mutu permainan yang ditunjukkan pasukan Jordan jauh lebih bagus sehinggakan anak buahnya tidak mampu untuk menghalang serangan yang diberikan.
Pasukan Harimau Malaya akan meneruskan saingan kumpulan E menentang pasukan Bahrain pada Sabtu ini dan kini menghuni tangga tercorot kumpulan.