Kisah Haiza yang Ingat Momen Rendang Hangus, Fokus pada Persiapan Raya Bersama Keluarga di Kampung

Shopee CNY Sale



Penyanyi dan penyampai radio Haiza memberitahu dia dan suami sentiasa mempraktikkan sistem giliran apabila tibanya musim perayaan. Ujar Haiza, sistem seperti itu sudah dilaksanakan oleh mereka sejak tahun pertama perkahwinan lagi.

Teringat momen rendang hangus

Menerusi temu bual bersama Haiza berkata, tahun ini mereka sekeluarga akan beraya di Johor iaitu di kampungnya. Manakala, hari raya ketiga mereka akan pulang ke Melaka (kampung suami). Menurut Haiza, tahun ini dia akan bercuti bermula hari raya pertama sehingga 14 April.

Disoal mengenai persiapan hari raya pula, pelantun suara ‘Dag Dig Dug’ ini menjawab mereka tarik ‘hand break’ sikit tahun ini dan memakai yang sedia ada.

Persiapan untuk tahun ni kami tarik ‘hand break’ sikit sebab segala yang kita pakai dah ada dah dari tahun lepas. Tambah pun ala kadar je kerana kita tak nak membazir. Banyaknya bagi dekat kampung je untuk mak abah.

Dari segi biskut raya pula, kakak saya yang buat. Saya beli sikit-sikit sahaja. Tapi lazimnya, keluarga kami suka kerepek dan kekacang. Biskut raya pun kami suka yang tradisional saja. Tak suka pelik-pelik. Kami tak beli.

Ditanya pula mengenai momen raya yang tidak boleh dilupa sehingga sekarang, Haiza dengan selamba menjawab dia tidak boleh lupa tragedi rendang hangus.

Saya panaskan dekat dapur lepas tu semua berborak dengan adik beradik mak abah semua, lupa ya rendang tu atas dapur. Penyudahnya tak ada la rasa rendang hari tu.

Di akhir temu bual, Haiza berkongsi mengenai pandangannya berhubung perbezaan hari raya zaman dahulu dan sekarang.

Apa yang mak ayah kita rasa dulu masa kita semua kecil, kita pula rasa sekarang. Lebih kepada anak. Kita hanya rasa hari raya tu raya pertama je. Lepas tu dah mula kerja semula. Persembahan dan undangan raya kita kena buat. Bezanya dulu tu tak ada apa yang kita nak kena fikirkan. Semua mak abah kita yang fikirkan.

Komitmen pun tak ada. Sekarang semuanya dah berubah seiring dengan kematangan, dah berkeluarga pula. Daripada segi budak-budak datang beraya pun dah tak jadi tradisi. Semua duduk rumah menghadap game tapi tak boleh nak kata sebab sekarang ni nak lepas anak kecil sesuka hati pun takut.

Zaman sekarang dekat luar macam-macam risiko yang ada. Tapi mak ayah jangan la malas nak bawa anak-anak beraya rumah saudara atau sahabat. Bagi anak-anak kita kenal dan teruskan tradisi raya. Takut pupus.

Haiza turut menyusun 10 jari mohon ampun maaf kepada seluruh keluarga dan keluarga mentua, ipar duai dan sahabat handai sempena hari raya ini.

Untuk peminat-peminat atau yang mengenali saya secara dekat atau jauh mungkin ada yang tak kenal tapi saya ada menyakiti hati anda, mengguris perasaan tanpa saya sengaja atau tidak sengaja, saya minta maaf ya dan Insya’Allah dipertemukan lagi di Ramadan akan datang.

MENARIK:  Misya Mazlan Akhirnya Menceritakan Kisahnya, Apakah Reda Menikahi Marissa Dania? - 'Menyembuhkan Hati dengan Cinta Tanpa Benci'

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale