Berita baik buat semua keluarga dan anak-anak! Ha…kalau korang nak tahu, The Exchange TRX telah merancang pelbagai aktiviti menarik dan interaktif sempena cuti sekolah bermula 24 Mei hingga 30 Jun 2024 ini yang bertempat di Urban Node berhampiran pintu masuk MRT.
Kolaborasi The Exchange TRX bersama dengan filem animasi popular Disney/Pixar, Inside Out 2 ini menjanjikan pengalaman yang menarik buat korang semua.
Selain itu, ada pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar yang disediakan khas untuk semua.
Jom min share dengan korang!
1. Permainan mencabar “Beat the Buzzer”
Siapa yang suka akan game yang mencabar? Ini sesuai untuk korang. Apa yang korang perlu buat adalah dengan memegang gelung dan gelung tersebut perlu melalui laluan berliku dalam had masa yang ditetapkan tanpa menyentuh tepi laluan.
Ha…kalau korang tersentuh dan buzzer tu berbunyi, maknanya korang “gagal.”
Fuhhh! Aktiviti ni memang betul-betul mencabar wehhh, dalam masa yang sama dapat menggambarkan emosi ketakutan dan keresahan dari filem tersebut.
2. Ukur tahap kemarahan sampai tahap mana!
Korang dah ready ke? Ini adalah peluang untuk anak-anak korang mengekspresikan ketegangan dan kemarahan mereka tetapi masih dalam suasana terkawal.
Macam mana tu? Ha…mudah je! Hanya perlu tekan dengan sekuat-kuatnya butang dengan seberapa banyak yang korang boleh sehingga api menyala dalam masa yang ditetapkan.
Dari situ korang boleh ukur dan ekspres kan tahap kemarahan mengikut meter yang disediakan.
3. Emotion Spinner
Aktiviti ini menampilkan roda berputar besar di mana korang perlu menekan butang pada bahagian tengah roda dan cahaya akan bergerak ke setiap emosi yang mempamerkan pelbagai emosi seperti gembira, sedih, marah, takut, dan lain-lain.
Sebaik sahaja roda berhenti, korang boleh mengambil gambar dan mengekspresikan mood korang seperti yang ditunjukkan pada roda tersebut.
4. Boleh reka sendiri ‘Emotion Bracelet‘
Aktiviti ni paling comel tau! Dekat sini korang boleh luangkan masa dengan anak-anak dan menggalakkan mereka untuk serlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan emotion bracelet!
Bukan itu saja, dengan aktiviti ini juga mampu memberikan peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman yang lebih menarik dan fahami emosi dengan lebih baik.
Setiap gelang yang dihasilkan akan menjadi simbol kekeluargaan dan persahabatan serta pengalaman indah yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan atau keluarga.
5. Emotion grabber
Buat peserta yang dah mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang disediakan akan diberi ganjaran eksklusif! Korang boleh ke station terakhir untuk tebus ganjaran itu di mesin gergasi ini.
Dalam mesin tersebut tersedia dengan baucar, diskaun dan barangan eksklusif dari Disney/Pixar Inside Out 2 tau! Dah join aktiviti, dapat pula ganjaran, best kan!
6. Dekorasi seni “Embrace the Unknown“
Kalau korang berada dekat The Exchange TRX nanti, korang dapat menyaksikan sebuah dekorasi seni yang bertemakan “Embrace the Unknown” di mana ia direka dan dicipita khas oleh Pamela Tan, Poh Sin Studio dalam mengeskpresikan emosi dalam watak Joy dan Anxiety dari filem Disney/Pixar Inside Out 2.
Dekat sana juga korang akan nampak bola yang dinamakan ‘bola stres’ yang direka untuk menambah elemen permainan dan interaktif kepada karya seni ini.
Bola yang dinamakan ‘bola stres’ yang direka untuk menambah elemen permainan dan interaktif kepada karya seni ini.
Bola stres ini juga berfungsi sebagai alat untuk menggalakkan refleksi diri dan penerimaan emosi, menyampaikan mesej bahawa setiap emosi, sama ada positif atau negatif, adalah sebahagian penting daripada pengalaman kita.
Selain itu, korang juga boleh tebus merchandise eksklusif!
Nak dapatkan merchandise yang menarik serta eksklusif dari Disney/Pixar Inside Out 2? Mestilah boleh! Ini caranya:
- Berbelanja dengan jumlah RM600 dalam (2) resit untuk menebus bantal Disney/Pixar Inside Out 2 secara percuma*
- Berbelanja dengan jumlah RM1200 dalam (2) resit untuk menebus flask Inside Disney/Pixar Inside Out 2 secara percuma*
Tawaran ini boleh ditukar di Kaunter Penebusan GF, berdekatan Marimekko, selagi stok masih ada.
*Terma dan syarat terpakai.
Bukan itu saja, buat peminat tegar Disney/Pixar Inside Out 2! Korang berpeluang untuk menang hadiah menarik!
Korang nak menang dan tebus hadiah yang cute dari filem Disney Pixar Inside Out 2 tak? Ha…caranya senang je. Korang hanya perlu follow Instagram dan Facebook @TheExchangeTRX dan sertai peraduan mereka.
Bermula 30 Mei hingga 20 Jun 2024 ni je tau, jadi, jangan lepaskan peluang!
Jom meriahkan karnival yang menyeronokkan sempena cuti sekolah ini bersama keluarga dan rakan-rakan!
Ini idea menarik untuk korang luangkan masa bersama anak-anak sementara mereka tengah cuti sekolah tu!