Berita baik buat semua ‘kaki’ konsert! Konsert Divas & Diamonds 2024 yang menampilkan barisan penyanyi terkemuka bakal berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September.
Konsert Divas & Diamonds
Konsert Divas & Diamonds membariskan gabungan 3 penyanyi dari Malaysia dan Indonesia iaitu Dato’ Sri Rossa, Dato Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah. Lebih menarik, penganjur konsert iaitu Mega Eve Sdn Bhd ini turut memberi kejutan dengan menampilkan seorang lagi superstar yang cukup hebat namun akan diumumkan kelak.
Ketiga-tiga barisan penyanyi yang bakal menggegarkan Arena Larkin pada September nanti merupakan permata utama industri negara malah ada di antara mereka sudah memiliki lebih daripada 60 album.
Semasa sidang media yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin, Rossa akui sudah merindui peminat- peminatnya di Johor Bahru setelah hampir sedekad tidak berkunjung di negeri tersebut.
Sementara itu, Dato’ Jamal Abdillah meluahkan rasa syukur dengan peluang yang diberikan.
Divas & Diamonds 2024 adalah platform terbaik untuk saya bertemu peminat saya di Johor Bahru dan saya tidak sabar untuk menghiburkan peminat saya di sana.
Sementara itu, Dayang Nurfaizah berkata penglibatannya dalam konsert ini merupakan satu penghormatan buat dirinya selain menyifatkan Konsert Divas & Diamonds ini satu konsert yang sangat istimewa.
Ketua Pegawai Eksekutif Mega Eve Sdn Bhd, Dr Farhan Razali berkata lima peratus daripada hasil tiket akan disalurkan bagi menyokong bantuan di Gaza, Palestin.
Harga tiket untuk Divas & Diamonds bermula dari RM288 hingga RM888 dan tiket boleh dibeli di Ticket2u.com.