Umum mengetahui, penyanyi Siti Nordiana, bakal mengadakan konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei hadapan.
Berikutan daripada pengumuman tersebut, Siti Nordiana meluahkan rasa syukur apabila tiketnya laris bak pisang goreng panas sewaktu penjualan tiket bermula.
Mader sayang korang
Terbaru, menerusi posting di Instagram, Nana memuat naik tangkap layar di mana kebanyakan tiket konsertnya sudah ‘sold out’. Menerusi posting tersebut juga, hanya berbaki beberapa zon sahaja lagi untuk dipenuhi oleh penonton.
Alhamdulilah. Terima kasih anak-anak mader semua. Mader sayang korang.
Terdahulu, Nana berkata dia tidak bimbang dengan kritikan yang dilemparkan berikutan menggunakan gimik perkahwinan untuk konsert solonya.
Menurut Nana, konsep tersebut dipilih sebagai satu tanda penghargaan kepada peminat yang disifatkan sangat rapat dengannya sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.
Saya tak risau dikecam, apabila kita terangkan saya yakin netizen akan faham. Sebenarnya ini adalah konsep yang kita pilih dan lain daripada yang lain.
Konsep konsert ini seolah-olah ‘berkahwin’ dengan peminat, seperti yang sedia maklum meraka sangat sayangkan saya. Saya nak hadiahkan sesuatu yang istimewauntuk mereka yang dah sokong saya dari tahun 1999 sampailah sekarang.