Kontroversi Berkenaan Penggunaan Tudung: Suruh Pakai, Suruh Buka – Fazlina Ahmad Daud

Shopee CNY Sale



Pelakon Fazlina Ahmad Daud meluahkan rasa kesal apabila segelintir pihak produksi tidak sensitif kerana memintanya untuk membuka tudung meskipun mengetahui dirinya sudah memakai hijab.

Apa punya industri

Menerusi sebuah posting di Instagram, Fazlina berkata, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku.

Bila tidak bertudung, mereka suruh pakai tudung.

Bila dah bertudung mereka suruh membuka tudung pula.

Apa punya industri.

Di samping itu, Fazlina turut berkongsi mengani isu lain yang perlu dihadapi olehnya. Antara isu yang berlaku ialah kronisme selain pihak produksi mendiamkan diri walaupun telah bersetuju, tiada bajet dan pelbagai lagi karenah.

Tambah Fazlina, dia reda sekiranya tidak diberi apa-apa tawaran kerana percaya rezeki yang diberikan Tuhan.

Ya! Benda merepek aku kena hadap. Macam-macam peel (perangai) orang industri sekarang. Suruh buka tudung la, kroni la, dah setuju tapi senyap, tiada bajet la. Eh macam-macam la.

Tiada tawaran kerja tiada masalah. Bumi Allah besar untuk aku cari rezeki lain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis turut bersetuju dengan kenyataan Fazlina sekali gus berharap pelakon itu kekal istiqamah.

MENARIK:  Karl Shafek Menanggung Kerugian RM500,00 Setelah Penaja Mundur - ‘Tidak Ada Kejelasan Kerana Percaya pada Melayu dengan Melayu’

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale