Kredibiliti Kudsia Kahar Diragui Oleh Linda Onn Mengenai Empati Penyampai Radio

Shopee CNY Sale



Penyampai radio, Linda Onn tampil mengulas tentang isu yang hangat diperkatakan tentang penyampai radio dan tetamu jemputan yang didakwa tiada empati terhadap luahan hati seorang pendengar, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Cita-Cita Sebenar Saya Hanya Keluarga Saja Yang Tahu’ – Linda Onn

Artikel berkaitan: Linda Onn ‘Spill The Tea’, Terima Nasib Sama Dengan Tyzo Xander? – ‘Nasib Kita Di Hujung Dakwat Pen’

Pendengar mahu didengar

Menerusi perkongsian di TikTok, Linda memberikan contoh cara untuk menjawab luahan pendengar itu sekiranya dia berada di situasi tersebut.

Saya akan cakap terima kasih sudi berkongsi diharapkan awak tabah mengharungi hari-hari mendatang dan awak buat keputusan sebaik-baiknya untuk diri awak. Apa sahaja keputusan awak pastinya dihormati oleh orang sekeliling.

Sementara itu, bekas penyampai radio terkenal, Kudsia Kahar mempersoalkan kredibiliti seorang deejay untuk memberi solusi kepada masalah pendengar.

Pertama sekali saya akan tanya awak soalan, apa yang membuatkan anda jadi pakar dalam kehidupan pendengar anda tu? Pakar sangat ke yang anda tahu kehidupan dia, apa yang membawa kekecewaan dan kesedihan dalam kehidupan dia.

We are never the expert in our listeners lives, they are the expert of their own lives. Jadi maknanya kalau dia menceritakan kepada kita, sebenarnya dia hanya nak kita mendengar.

‘A shoulder to cry’

Menurut Kudsia, pendengar hanya mahu berkongsi dan mencari tempat untuk mendengar luahan isi hati mereka sahaja.

Tiada pendengar mengharapkan DJ sebenarnya untuk menyelesaikan masalah mereka. That is never the expectation. Itu memang daripada sejak azali lah stesen radio swasta dekat Malaysia ni sebab kita tahu dan pendengar bijak.

Pendengar tahu kita bukannya kaunselor, kita bukannya ahli psikologis atau pakar psikologis. Jadi mereka tahu kita tak akan beri mereka jawapan tapi dia nak kita mendengar. A shoulder to cry dan untuk seseorang mengatakan saya faham.

Saya faham dan saya minta maaf tentang apa yang berlaku kepada anda. Itu je tak payah kita nak kata ‘apa-apa pun anda kena maafkan juga walaupun dia keji sebab dia ibu anda’. Pada saya, saya minta maaf tapi itu salah.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi cara untuk memahami orang-orang yang mengalami trauma ini adalah dengan mendengar masalah mereka.

Zaman sekarang kita faham sebab kita dah banyak membaca tentang trauma contohnya bahan bacaan yang ada dekat Internet yang ditulis oleh pakar-pakar psikologi yang kita boleh baca dan kita tahu sebenarnya kerja kita bukan untuk menyelesaikan masalah terutama bagi orang yang melalui depresi, kita hanya perlu duduk and mendengar.

MENARIK:  Larangan Puteri Sarah Bebas Cakap Tentang Kes Rumah Tangga Diperpanjang Hingga 8 Jun

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale