[ad_1]
Pelakon, Shahronizam mengakui dirinya sedikit fobia untuk menggunakan alatan tajam selepas kehilangan jari kelingkingnya sewaktu memotong ayam setahun lalu.
Hati-hati guna alatan tajam
Ketika ditemui , Shahronizam atau nama sebenarnya Shahronizam Noor berkata, dia kini lebih berhati-hati sewaktu menggunakan alatan tajam kerana bimbang insiden tersebut berulang sekali lagi.
Saya lebih berhati-hati sebabnya fungsi tangan pun sudah tidak kuat kalau seperti dulu, dan ada benda yang saya tak boleh nak buat.
Sebagai contoh, kalau adanya babak yang memerlukan saya berlawan dan sebagainya, saya tak boleh nak buat macam dulu.
Dua atau tiga hari sebelum ini pun saya ada potong ayam tapi saya berhati-hati sebab risau nanti ibu jari pula yang terpotong.
Shahronizam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ di GSC The Starling, Petaling Jaya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 52 tahun itu memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak merasakan sebarang kekurangan meskipun ketika ini sudah kehilangan satu jari.
Sebaliknya, pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini tetap bersyukur kerana apa yang terjadi merupakan takdir yang telah ditetapkan Allah SWT.
Alhamdulillah, walaupun saya hilang jari kelingking tetapi saya tak pernah rasa kekurangan.
Apa yang jadi ini semuanya telah ditakdirkan Allah SWT, semua Dia punya kuasa.
Ketika ditanya adakah dirinya mempunyai perancangan untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU), Shahronizam menyatakan dia ada mendapat nasihat itu daripada rakannya namun, belum terfikir untuk berbuat demikian.
Benda itu (kad OKU) boleh minta tapi saya belum terfikir lagi.
Ada juga kawan-kawan yang nasihatkan saya untuk buat, tapi belum berkesempatan.
Sekadar info, Shahronizam yang juga merupakan suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu kehilangan jari kelingking tangan kirinya sewaktu memotong ayam dengan menggunakan pisau pemotong daging pada April tahun lalu.
[ad_2]