[ad_1]
Makin popular dan sering mendapat perhatian ramai, Kugiran Masdo tidak menafikan bayaran untuk persembahan mereka kini berbeza berbanding di awal kemunculan dahulu.
‘Naik harga’
Ketika ditemui Kugiran Masdo mengakui mereka menaikkan bayaran persembahan berikutan kumpulan mereka sudah pun mempunyai team produksi sendiri.
Naik sikitlah. Kami pun dah berkembang dengan terhasilnya produksi. Kalau dulu kami lima ke enam orang sahaja tapi sekarang dah berbelas orang.
Jadi kami ada tanggungjawab untuk memberi rezeki kepada team produksi kami sendiri.
Dengan harga yang setimpal jadi semua orang boleh hidup, sesuailah dengan keadaan dengan apa yang kami berikan.
Kugiran Masdo berkata demikian ketika ditemui di belakang pentas sebelum menjayakan Konsert Fenix360 yang berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Kugiran Masdo memaklumkan bahawa mereka bakal terbang ke London dan Manchester pada bulan hadapan untuk mengadakan persembahan.
Kami insyaAllah akan terbang ke London pada Februari ini. Kami ada dua show di London dan Manchester. Show ini diatur oleh para pelajar di sana iaitu pada 23 dan 25 Februari.
Walaupun berdepan dengan kekangan masa dan jadual yang padat, Kugiran Masdo tetap menjanjikan persembahan yang berkualiti kepada peminatnya selain bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus.
Jadi agak padat jadual kami. Alhamdulillah banyak rezeki tapi kami kena menyusun jadual yang agak sukar.
Dari tahun 2023 sampai sekarang, rezeki untuk Masdo luar biasa.
Untuk info, Kugiran Masdo merupakan satu-satunya band yang berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 38) menerusi lagu Inilah JalanNya.
Anugerah penuh berprestij ini bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu berentap dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac hadapan.
[ad_2]