Kurangkan Penggunaan Media Sosial dan Berinteraksi dengan Orang Terdekat – Aiman Hakim Tidak Senang dengan Berita Palsu yang Mengatakan Bahawa Beliau Telah Meninggal Dunia

Shopee CNY Sale



Tak ada angin, tak ada ribut tular satu berita dimuat naik di Facebook melaporkan pelakon tampan, Aiman Hakim Ridza sudah pun meninggal dunia. Biar betul?

Aiman masih hidup!

Terbaharu, Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh menegaskan bahawa dirinya belum meninggal dunia dan masih lagi bernyawa.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Aiman turut meluahkan rasa kesalnya terhadap penularan berita palsu tersebut sambil menyifatkan berita tersebut sengaja dikeluarkan individu tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan.

Ada orang DM pasal benda ini, kita ambil iktibar dari sudut positif. Pertama sekali, saya hidup lagi.

Keduanya, sosial media ini memang macam ini, lagi banyak korang habiskan masa di media sosial, lagi banyaklah orang lain yang ada untung.

Dalam pada itu, menerusi hantaran lain, suami kepada pelakon Zahirah Macwilson ini menitipkan pesan kepada pengikutnya untuk kurang meluangkan masa bermain media sosial.

Menurut Aiman, setiap individu itu perlu memperbanyakkan interaksi bersama orang sekeliling supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan sebarang perkara yang tidak berfaedah.

Samalah juga dekat mana-mana pun, akan ada orang yang nak ambil kesempatan.

Lagi lama korang layan media sosial, lagi banyak benda merapu (mengarut) akan keluar.

Kesimpulan di sini, kurangkanlah bermain media sosia. Berboraklah dengan orang terdekat.

Sekadar info, berita palsu mengenai kematian selebriti tempatan dilihat semakin kerap tersebar sehingga membuatkan ramai yang mula terdepaya dengan berita tersebut.

MENARIK:  Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000 Melalui Jualan Barangan Peribadi dan Produk Makanan

Difahamkan, berita palsu tersebut dibuat bagi mengaut keuntungan secara mudah dan orang ramai dinasihatkan untuk melakukan ‘research’ terhadap mana-mana berita yang tular di media sosial terlebih dahulu.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale