Penyanyi tengah meningkat naik dari Indonesia, Fadhilah Intan mengakui dirinya lebih dikenali dan mendapat perhatian peminat di Malaysia sejak lagu Dawai mula dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Impak positif dalam karier
Menurut Fadhilah, dia tidak menyangka lagu runut bunyi bagi filem Air Mata Di Ujung Sajadah itu memberi impak yang positif terhadap karier nyanyiannya sehingga mampu meraih populariti di negara ini.
Saya bersetuju kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia. Sebenarnya selepas lagu Dawai menjadi popular, perubahan ketara itu banyak berlaku di Malaysia. Kalau di Indonesia, sebelum lagu ini popular ramai orang minta bergambar dengan pelakon filem Air Mata Di Ujung Sajadah sahaja. Saya sebagai penyanyi tiada yang minta bergambar.
Di Malaysia orang selalu sokong saya. Walaupun kadang-kadang ada yang terlupa nama, tapi mereka akan panggil saya ‘Dawai’, jadi saya gembira. Alhamdulillah sekarang sudah lebih ramai yang mengenali saya.
Fadhilah yang ditemui pada sidang media Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ & ‘Dawai’ In Penang di Gula Cakery, KL East Mall, semalam turut meluahkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberi peluang kepadanya untuk menjayakan konsert tersebut nanti.
Tambah anak kelahiran Surabaya ini, dia menganggap peluang yang diberikan kepadanya itu sebagai titik permulaan untuk memperluaskan sayap sebagai anak seni.
Berbicara lebih lanjut mengenai impak lagu Dawai, penyanyi berusia 25 tahun ini berkata, dia sudah menerima banyak jemputan untuk melakukan persembahan termasuk menjadi tetamu dalam program televisyen.
Sebelum muncul dengan lagu Dawai, undangan persembahan hanya dua atau tiga kali sahaja dalam tempoh tiga bulan. Ini kerana lagu Dawai boleh sampai sepuluh undangan dalam sebulan. Saya juga boleh masuk ke program televisyen termasuk diundang ke Malaysia.
Disoal mengenai perkembangan karier seni bagi tahun 2024, Fadhilah memberitahu dia bakal melancarkan dua single baharu tidak lama lagi.
Fadhilah yang ditemui pada sidang media Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ & ‘Dawai’ In Penang di Gula Cakery, KL East Mall, semalam turut meluahkan rasa teruja apabila bakal berkongsi pentas yang sama dengan kumpulan Wali, Khai Bahar dan Saixse pada 3 Februari nanti.