[ad_1]
Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan polis Indonesia selepas disyaki memperkosa seorang wanita yang menghidap penyakit strok.
Lelaki rogol wanita strok
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Detik News, suspek dan mangsa berkenalan melalui aplikasi TikTok. Suspek yang mengetahui keadaan kesihatan mangsa telah mengajak wanita itu ke rumahnya dengan alasan dia mempunyai cara untuk mengubati penyakit itu.
Namun siapa sangka, mangsa bukannya dirawat tetapi menjadi mangsa pemerkosaan suspek selama lima hari berturut-turut.
Perbuatan itu hanya terbongkar selepas mangsa gagal dihubungi oleh suaminya. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek akhirnya ditahan. Hasil soal siasat beberapa saksi termasuk pengumpulan bahan bukti menunjukkan bahawa suspek adalah pelaku kes pemerkosaan tersebut. Suspek bakal berdepan hukuman penjara 12 tahun, jika sabit kesalahan.
[ad_2]