Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa membunuh seorang wanita dalam satu kejadian di Udaipur, India pada April lalu.
Jalin hubungan sulit
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan media di India, suspek, Devilal Parmar telah mendirikan rumah tangga dan memiliki tiga anak menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa, Sita yang juga berstatus isteri orang. Akan tetapi, Sita dan suaminya telah bercerai dan lelaki itu membawa seorang anak perempuan bersamanya manakala anak lelaki ditinggalkan bersama Sita.
Namun siapa sangka, hubungan mereka akhirnya diketahui oleh isteri suspek dan wanita itu menyuruh suaminya membunuh mangsa.
Hanya menuruti kehendak isteri, suspek mula membuat perancangan pembunuhan tersebut. Pada hari kejadian iaitu sekitar April lalu, suspek mengajak mangsa bertemu dengan keluarganya namun itu hanyalah helah semata-mata. Suspek dan mangsa berhenti di satu kedai makan dan menikmati minuman keras.
Suspek bunuh ibu dan anak
Sekadar gambar hiasan
Tidak lama selepas itu, suspek memberitahu mangsa bahawa dia ingin berehat sebentar di hutan. Di sana, suspek mula menyerang mangsa dengan mengelar lehernya. Lebih kejam apabila suspek menyiat kulit tangan mangsa untuk menghapuskan namanya pada tatu yang dicacah mangsa. Tindakan itu dilakukan kerana suspek tidak mahu namanya terpalit dengan mangsa.
Namun semuanya terbongkar setelah pihak polis menemukan mayat mangsa dan hasil siasatan mendapati, suspek bukan hanya membunuh mangsa malah sebelum itu, dia telah mengakhiri nyawa anak wanita itu yang berusia 4 tahun.
Difahamkan, meskipun mangsa mengetahui anaknya dibunuh, namun dia mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada pihak polis.