Seorang lelaki dibelasah dan diikat pada tiang elektrik oleh penduduk selepas dia ditangkap merakam video seorang wanita sedang mandi di rumahnya di daerah Hubbali, India.
Dengar jeritan wanita
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan News18, suspek yang dikenali sebagai, Laad Sahab merupakan pekerja pembinaan di kawasan tersebut.
Ketika sedang melakukan kerjanya, dia melihat seorang wanita sedang mandi di dalam dan tandas sebelum meletakkan telefon bimbit di tingkap bilik air jirannya.
Wanita tersebut yang menyedari dirinya sedang dirakam mula menjerit sehingga menarik perhatian penduduk.
Penduduk yang mendengar jeritan tersebut segera ke lokasi kejadian untuk menangkap suspek dan mula membelasahnya dengan mengikat pada tiang elektrik.
Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek untuk menjalankan siasatan lanjut.