Home Trending Lelaki Mengaku Hilang RM60,000 Beli Tanah Dengan Datuk Terkenal, Ibu Relakan Gunakan KWSP untuk Bayar Tunai

Lelaki Mengaku Hilang RM60,000 Beli Tanah Dengan Datuk Terkenal, Ibu Relakan Gunakan KWSP untuk Bayar Tunai

0
Lelaki Mengaku Hilang RM60,000 Beli Tanah Dengan Datuk Terkenal, Ibu Relakan Gunakan KWSP untuk Bayar Tunai

[ad_1]



datuk red kes tanah

Kisah Datuk Red terus menerus menjadi bualan hangat di media sosial bermula dengan pergolakan rumah tangga dengan kedua isteri, Datin Red dan Adira Suhaimi diikuti dengan kesempitan hidup selepas jatuh bankrap.

Tipu beli tanah

Terbaru, timbul pula isu lain apabila seorang lelaki mendakwa telah menjadi mangsa penipuan dengan Datuk Red membabitkan pembelian sebuah tanah berharga RM60,000 di Hulu Langat, Selangor sekitar tahun 2015 hingga 2016.

Menerusi hantaran video di TikTok Raja Q Kuat Makan, lelaki itu mendakwa ibunya sanggup mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar secara tunai.

Apabila dengar namanya, teringat keluarga saya kena tipu dengan syarikat dia urusan beli tanah dekat Hulu Langat.

Masa itu tanah tersebut berharga dalam lingkungan RM60,000. Mak saya keluarkan duit KWSP untuk bayar secara tunai dekat syarikatnya.

Tak pasti ia jadi pada 2015 ke 2016 macam itu. Ini mengenai Datuk Red yang dulu bukan sekarang.

Pernah cuba ‘slowtalk’ dengan Adira

adira cerai

Dakwa lelaki itu, keluarganya cuba menyelesaikan isu tersebut dengan Adira namun penyanyi itu melenting demi mempertahankan Datuk Red.

Mengenai Datuk Red dan Adira ni, mungkin saya tak tahu nak salahkan Adira ke macam mana sebab kami pernah cuba nak selesaikan dengan Adira tapi dia melenting masa itu.

Sebenarnya panjang cerita saya ini tapi bila tengok video viral Datuk Red saya menyirap sebab mak saya keluarkan duit KWSP siap jadi kes polis.

Dalam pada itu, lelaki terbabit berkata dia bukan sengaja ingin tumpang viral sebaliknya terkesan dengan insiden yang berlaku memandangkan mereka bukan dalam kalangan orang berada.

Mungkin komen orang dekat Datuk Red sekarang yang baik-baik tapi buat kami orang biasa tak berduit, habis macam itu sahaja. Bayangkan 200 orang bayar RM55,000 seorang. Korang darab sendiri.

Di ruangan komen hantaran tersebut turut ada netizen lain yang mendakwa menerima nasib sama seperti lelaki terbabit.

Terdahulu, Datuk Red menerusi satu temu bual mendedahkan dirinya sudah diisytiharkan muflis atau bankrap sejak 2019. Malah, dia terpaksa menanggung hutang sehingga RM5 juta.

Dalam temu bual sama, Datuk Red turut mendedahkan dia berdepan masalah kewangan sehingga ada waktunya terpaksa meminjam wang daripada isteri kedua iaitu penyanyi Adira Suhaimi untuk membeli juadah berbuka puasa buat anak-anaknya.

The following two tabs change content below.

[ad_2]