Lelaki Menyesal Derma Organ dan Meminta Isteri Kembalikan Buah Pinggang Semula dalam Proses Bercerai

Shopee CNY Sale



Kecewa dengan isterinya yang didakwa bermain kayu tiga, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Richard Batista mahu menceraikan isterinya yang dikenali sebagai Danwell.

Minta isteri pulangkan buah pinggang

Bukan sahaja mahu bercerai, Richard juga dikatakan menyesal mendermakan organ buah pinggangnya kepada Danwell menerusi satu pembedahan yang dilakukan pada tahun 2001 yang lalu.

Susulan itu, Richard meminta Danwell itu untuk mengembalikan semula buah pinggang tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, dia meminta agar isterinya itu membayar pampasan sebanyak £1.2 juta (RM7,25 juta).

MENARIK:  [VIRAL] Raf Yaakob Terangkan Makna Lambang Bintang di Cincin – ‘Jangan Salah Sangka’

Walau bagaimanapun, Mahkamah Agung Daerah Nassau, Bahamas menolak permintaan Richard kerana menganggap permintaan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Bukan itu sahaja, permintaan Richard itu juga dianggap sebagai satu tindakan yang melanggar etika kedoktoran meskipun
ianya tidak mustahil untuk dilakukan.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale