Lelaki Tampar Juruterbang Selepas Pesawat Tangguh Selama 13 Jam

Shopee CNY Sale



Seorang lelaki telah ditahan kerana menampar seorang juruterbang akibat berang pesawat yang dinaikinya ditangguhkan disebabkan cuaca buruk.

Artikel Penuh: Rakan Bersubahat Belasah Seorang Remaja Sebelum Mati Ditolak Dari Puncak Tebing

Tampar juruterbang

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan The Straits Times, insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh penumpang lain dan ia menjadi tular di media sosial.

Pesawat tersebut sepatutnya terbang dari Delhi ke Goa pada 14 Januaro namun, disebabkan kabus yang tebal dan sejuk menyelubungi kawasan besar di bahagian utara India pesawat tersebut menghadapi kelewatan 13 jam.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang penumpang itu menghayun lengannya secara agresif dan menampar juruterbang, menyebabkan dia tergelincir ke belakang.

Ketika kejadian, juruterbang tersebut sedang membuat pengumuman sebelum dia ditampar.

MENARIK:  ‘Kegagalannya membawa watak Cikgu Sunan dengan baik, boleh mengakhiri karier saya sebagai pelakon’ – Rosyam Nor

Dua pramugari yang melihat kejadian tersebut segera membantu untuk menghentikan penumpang tersebut daripada menyerang juruterbang lebih jauh.

Seorang penumpang berhoodie biru juga untuk menghentikan suspek dengan menenangkannya dan berjalan bersamanya.

Walau bagaimanapun, penumpang itu telah ditahan selepas Syarikat Penerbangan IndiGo memfailkan aduan terhadapnya.

Kini, pihak polis telah menjalakan siasatan dan lelaki itu dihukum kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale