Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mencabul anak saudaranya dalam satu kejadian di Lampung, Indonesia.
Cabul anak saudara
Memetik laporan media Indonesia, perbuatan terkutuk itu hanya terbongkar selepas anak suspek melihat rakaman tidak senonoh itu di telefon pintar bapanya.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di rumah mangsa dan suspek mengajak anak saudaranya yang masih di bawah umur itu ke dalam bilik tidur. Suspek kemudian mengumpan mangsa dengan cara memujuknya bermain telefon pintar. Di situ, suspek mula mencabul mangsa dan merakam aksi tidak senonoh itu.
Namun siapa sangka, ketika anak suspek menggunakan telefon bapanya, dia terlihat rakaman tidak senonoh itu. Remaja itu kemudian memberitahu ibunya dan satu laporan polis telah dibuat.
Suspek kemudian ditahan polis untuk siasatan selanjutnya.