Lelaki Terima Pujian Kerana Buat Surprise Bagi 21 Hadiah Sempena Hari Jadi Kekasih

Shopee CNY Sale



Sudah menjadi lumrah kehidupan, perasaan rindu pasti akan menjelma dalam hati seseorang sekiranya berjauhan dengan insan tersayang.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Eky berkongsi momen dirinya melakukan persiapan untuk memberi kejutan sempena hari jadi kekasih hatinya.

Kejutan hari jadi kekasih

Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, Eky dilihat menyenaraikan 21 hadiah untuk diberikan sempena ulang tahun kelahiran teman wanitanya yang ke-21. Malah Eky dilihat berusaha membuat kotak hadiah berbentuk ais krim sebelum menyusun kesemua hadiah tersebut ke dalam bonet kereta yang disewanya.

Bunga letak depan sebab nak terus bagi.

Bermulalah perjalanan Eky dari Segamat ke Permas Jaya namun malang tidak berbau, tiba-tiba kereta yang disewanya mengalami masalah sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan.

Selepas satu jam, baru staf owner datang untuk tukar dengan Exora. Alhamdulillah, staf dia semua okay.

Bercerita dengan lebih lanjut, Eky akhirnya selamat tiba ke destinasi dan membuat kejutan kepada kekasihnya. Selepas memberi hadiah, mereka berdua meluangkan masa bersama dengan menjamu selera sebelum masing-masing berangkat pulang.

MENARIK:  Siti Nur Athirah Diisytiharkan Bersalah dan Dipenjara Selama 30 Tahun Kerana Membunuh Kawan Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kesungguhan Eky membuat kejutan dan menghargai pasangannya. Mereka turut menitipkan doa agar pasangan itu bahagia dan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale