Pempengaruh dan anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leona Iris berkongsi mengenai mimpinya bersama ahli politik, Syed Saddiq.
Artikel berkaitan: Individu Dakwa Leona Berpontensi Hidap Tiroid, Nasihat Buat ‘Check Up’ – ‘Leher Macam Ada Simptom Hyperthyroidisma’
Artikel berkaitan: Leona Dedah Belum Terima Permohonan Maaf, Dakwa Ex BFF Tidak Mahu Berbaik – ‘Saya Call, Text Dia Tak Jawab’
Terkejut mimpi Syed Saddiq
Menerusi hantaran di TikTok, Leona memberitahu mereka seperti mempunyai hubungan istimewa dan keluar ‘dating’ bersama.
Beberapa hari lepas saya bermimpi yang saya berdating dengan Syed Saddiq. Oh my god, dalam mimpi saya kita macam pergi date sini date sana dan kita mesej-mesej.
Bila saya dah betul-betul sedar, betul ke? Adakah ini mimpi? Bila saya check phone saya rupanya saya tak ada nombor telefon dia.
Saya sangat terkejut. Saya duduk atas katil dan fikir betul ke ni? Realiti ke ni? Selepas tu saya sedar ia hanya mimpi.
Menurutnya, dia hairan dengan kehadiran Saddiq yang muncul secara tiba-tiba di dalam mimpinya.
Tak ada apa yang salah dengan dia. Saya tak kenal dia secara peribadi dan saya tak pernah jumpa dia selama ini jadi saya rasa terkejut sebab terlalu ‘random’ dia muncul dalam mimpi saya.
Selalunya awak akan mimpi tentang orang yang awak tengah teringat tapi saya tak pernah terfikir pasal dia dan saya sangat terkejut dia muncul dalam mimpi.
Dalam pada itu, Leona tersipu malu memikirkan sekiranya perkara tersebut menjadi realiti.
Tapi kalau awak nak pergi date? (reaksi teruja dan tersipu malu).